KUALA LUMPUR:Ujian rasmi musim sejuk Kejohanan Dunia MotoGP 2021 yang sepatutnya berlangsung di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) dari 19 hingga 21 Feb depan dibatalkan kerana keadaan pandemik COVID-19 yang masih belum reda di Malaysia.
Menurut kenyataan yang dikeluarkan Dorna Sports malam Selasa, keputusan itu dibuat selepas mendapatkan nasihat Persatuan Pasukan Perlumbaan Jalan Raya Antarabangsa (IRTA) dan Persekutuan Motosikal Antarabangsa (FIM).
Dorna Sports ialah pemegang hak eksklusif televisyen dan komersial MotoGP.
Kenyataan itu juga mendedahkan ujian percubaan yang akan berlangsung dari 10 hingga 12 Mac di SIC juga dibatalkan atas faktor yang sama.
Kedua-dua ujian itu dibatalkan berikutan kenyataan terkini oleh kerajaan untuk menguatkuasakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di enam negeri bermula dari 13 sehingga 26 Jan ini untuk mengekang penularan COVID-19.
"Ujian di Qatar yang dijadualkan berlangsung di Litar Antarabangsa Losail dari 10 hingga 12 Mac masih kekal setakat ini dan sebarang kemas kini atau perubahan akan diberitahu secepat mungkin," katanya.
Kejohanan Dunia MotoGP akan bermula dengan Qatar GP di Litar Antarabangsa Losail dari 26 hingga 28 Mac depan.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jan 12 2021

Ujian rasmi musim sejuk Kejohanan Dunia MotoGP 2021 sepatutnya berlangsung di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) dari 19 hingga 21 Feb. - Foto fail

10 Berita Pilihan - (16 Januari 2021)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Pasar Pukat | Potong harga hasil laut sehingga 50 peratus
Perintah Kawalan Pergerakan PKP yang dilaksanakan ketika ini ternyata terus memberi kesan kepada sektor ekonomi rakyat. Saban hari, keluh kesah peniaga kami sampaikan. Tetapi lain pula ceritanya di Sungai Buloh ini, apabila Pasar Borong Pukat menurunkan harga hasil laut sehingga 50 peratus sempena PKP. Fareez Azman ada membuat tinjauan petang Sabtu.

Poster PKP di Terengganu, Kedah palsu
Majlis Keselamatan Negara (MKN) menafikan kesahihan poster mengenai pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di Terengganu pada hari ini sehingga 26 Jan seperti yang tular di media sosial.

Polis siasat dakwaan remaja perempuan dirogol tahanan lain ketika dalam lokap
Polis kini menyiasat dakwaan seorang remaja perempuan berusia 16 tahun yang mendakwa dirogol tahanan lain ketika berada di dalam lokap Balai Polis Pusat Miri pada 9 Jan lepas.

PRU15 | UMNO perlu tawarkan calon Perdana Menteri baharu untuk Malaysia
UMNO perlu mengadakan pemilihan segera bagi membolehkan rakyat melihat, siapakah yang parti itu boleh tawarkan sebagai calon Perdana Menteri bagi pilihan raya umum seterusnya.

AWANI Ringkas: Pembukaan sekolah di seluruh negara ditangguh
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Banjir Sarawak | Dua OKU mengengsot selamatkan diri
Dua beradik golongan orang kelainan upaya (OKU) terpaksa mengengsotkan punggung mencapai kerusi roda ketika rumah mereka dinaiki air di Taman Malihah, Kuching pada Selasa.

Sidang media online: Parti politik sambut baik cadangan NUJ
Parti politik menyambut baik cadangan Kesatuan Wartawan Kebangsaan (NUJ) yang mencadangkan ahli politik mengadakan sidang media secara dalam talian berbanding secara bersemuka seperti yang diamalkan sekarang.

PKP 2.0: Polis Pulau Pinang tubuh pasukan khas pantau lorong tikus
Polis Pulau Pinang menubuhkan pasukan khas dan sekatan jalan raya bergerak di setiap laluan alternatif atau lorong tikus di sempadan negeri itu bagi memastikan larangan rentas negeri dipatuhi sepenuhnya semasa pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 2.0.

Gaji dan elaun | Boleh potong tidak perlu usul di Parlimen
Tidak perlu dibawa ke Parlimen untuk diputuskan, sebaliknya pemotongan gaji atau elaun ahli Dewan Rakyat termasuk menteri-menteri boleh dilakukan mengikut kesedaran sendiri atau secara sukarela bagi membantu rakyat. Demikian pandangan Ahli Parlimen Arau, Datuk Seri Shahidan Kassim, berkaitan gaji wakil-wakil rakyat atau elaun mereka dipotong antara 10 sehingga 20 peratus.

Ujian rasmi musim sejuk MotoGP di Sepang dibatalkan
Ujian rasmi musim sejuk Kejohanan Dunia MotoGP 2021 di Litar Antarabangsa Sepang dibatalkan akibat keadaan pandemik COVID-19 di Malaysia.

Petronas Yamaha SRT nafi pinggirkan pelumba Malaysia
Razlan berkata banyak peluang diberikan kepada Khairul Idham, namun beliau gagal menjelmakan keputusan positif sepanjang dua musim bersama pasukan berkenaan sejak musim lepas.

Morbidelli catat kemenangan ketiga di GP Valencia
Pelumba Itali berusia 25 tahun itu menguasai perlumbaan sejak dari awal lagi sebelum berentap dengan pelumba Australia Jack Miller daripada pasukan Pramag Racing di pusingan terakhir.

Hafizh Syahrin sertai NTS RW Racing GP untuk musim 2021
Pelumba Moto2 Malaysia Hafizh Syahrin Abdullah akan mewakili NTS RM Racing GP dalam Kejohanan Grand Prix Motosikal Dunia 2021.

Hafizh Syahrin kekal dalam saingan Moto2 musim 2021
Hafizh telah selesai mengadakan perbincangan dengan sebuah pasukan yang berpangkalan di Eropah.

Hafizh Syahrin mulakan perbincangan bersama dua pasukan
Perbincangan dengan dua pasukan tersebut masih di peringkat awal.

Petronas Yamaha SRT buat analisis isu dihadapi pada GP Aragon
Razlan bagaimanapun berkata beliau masih berpuas hati selepas Morbidelli menduduki tempat keenam, manakala Quartararo di kedudukan ke-18.

MotoGP: Rins tidak percaya raih kemenangan pertama
Rins mengatasi Maverick Vinales dengan berbaki 16 pusingan di Grand Prix Aragon, dan bertahan ketika diberi tekanan oleh Alex Marques untuk bergelar juara.

Hafizh Syahrin gagal kutip mata pada GP Aragon
Pelumba pasukan Aspar Team itu mencatatkan masa 40 minit 00.963 saat pada perlumbaan 21 pusingan yang menyaksikan pelumba berusia 26 tahun itu gagal mengutip sebarang mata.

GP Aragon: Pelumba Petronas Yamaha bermula di barisan hadapan
Pada sesi kelayakan Sabtu, pendahulu Kejuaraan MotoGP Quartararo, menunjukkan tunggangan sensasi selepas mencatatkan masa terpantas 1 minit 47.076 saat.