awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Projek RTB atasi masalah banjir kilat di Taman Sejahtera - Exco
PBB sambut baik pembukaan semula pintu sempadan Rafah - Jurucakap
"Kajian pilihan raya Datuk Bandar KL bukan dilakukan orang DAP" - Hannah Yeoh
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

UK, Itali dan Turki bida penganjuran Euro 2028, Euro 2032

Astro Arena
Astro Arena
17/11/2022
00:00 MYT
UK, Itali dan Turki bida penganjuran Euro 2028, Euro 2032
Tarikh akhir untuk menyerahkan dokumen akhir ialah 12 April depan dan tuan rumah akan diumumkan pada musim luruh Eropah 2023. - Foto Astro ARENA
KESATUAN Bola Sepak Eropah (UEFA) mengesahkan sudah menerima tiga bidaan awal untuk penganjuran Euro 2028 dan 2032 sebelum tarikh akhir malam tadi.
Tawaran bersama daripada United Kingdom (UK) dan Republik Ireland telah dikemukakan untuk kejohanan 2028, sementara Turki turut berminat untuk menganjurkan edisi itu buat julung kalinya.
Persatuan bola sepak dari England, Wales, Scotland, Ireland Utara dan Republik Ireland sepakat mengemukakan cadangan dan berjanji untuk menganjurkan kejohanan yang menjadi tiada tandingannya.
Tawaran daripada FA Inggeris hadir selepas kritikan hebat mengenai gelagat peminatnya dalam final Euro 2020 di Stadium Wembley dan insiden itu disifatkan sebagai "hari memalukan negara".
Turki juga membida untuk edisi 2032 termasuk Itali, yang belum pernah terpilih sebagai tuan rumah tunggal untuk kejohanan utama sejak Piala Dunia 1990.
UEFA has received three preliminary bid dossiers to host #EURO2028 and #EURO2032. The submission deadline of the final bid dossiers is 12 April 2023. The appointment of hosts will be made next autumn.
— UEFA (@UEFA) November 16, 2022
Tarikh akhir untuk menyerahkan dokumen akhir ialah 12 April depan dan tuan rumah akan diumumkan pada musim luruh Eropah 2023.
Topic Berkaitan
#Euro 2032
#Euro 2028
#bidaan sebagai tuan rumah
#UEFA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan