awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Inkues Zara Qairina: Saksi dakwa aduan kehilangan barang pelajar tidak diambil serius
Mesir sekat secara rasmi permainan dalam talian kanak-kanak Roblox
Anwar puji usaha Kerajaan Negeri Johor naik taraf aset warisan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

United menang tapi Sanchez direhatkan enam hingga lapan minggu

Astro Arena
Astro Arena
05/03/2019
01:15 MYT
United menang tapi Sanchez direhatkan enam hingga lapan minggu
Sanchez terpaksa dikeluarkan selepas 52 minit permainan sewaktu United mencatat kemenangan 3-2 di Old Trafford.
ALEXIS Sanchez bakal direhatkan sehingga dua bulan selepas disahkan oleh doktor skuad kebangsaan Chile, Pedro Onate, susulan kecederaan lutut yang dialami ketika Manchester United menewaskan Southampton Sabtu lalu.
Sanchez terpaksa dikeluarkan selepas 52 minit permainan sewaktu United mencatat kemenangan 3-2 di Old Trafford selepas menerima terjahan benteng The Saints, Jan Bednarek, dan pihak perubatan The Red Devils masih belum memberikan sebarang perkembangan.
Namun, Onate mendedahkan proses imbasan terhadap Sanchez mendapati dia mengalami masalah di bahagian ligamen lutut sehingga memerlukan tempoh beberapa minggu untuk pulih.
"Tiada masalah untuk Sanchez beraksi dalam Copa America kerana dia akan direhatkan enam hingga lapan minggu," kata Onate.
"Sanchez mungkin dapat beraksi lebih awal. Copa America juga tidak akan berlangsung dalam masa terdekat.
"Kecederaan pada ligamen lutut memang menyakitkan tetapi ia tidak begitu rumit."
United akan beraksi tanpa Sanchez apabila mereka bertandang ke Paris Saint-Germain pada awal pagi Khamis untuk aksi kedua pusingan 16 Liga Juara-Juara Eropah tatkala mereka membawa harapan untuk memadamkan kelebihan 2-0 yang diraih lawan dalam aksi sebelum ini.
Sanchez hanya tampil lapan kali dalam kesebelasan utama di pentas liga musim ini dan menjaringkan satu gol.
Topic Berkaitan
#Alexis Sanchez
#Chile
#Manchester United
#Onate
#Sanchez cedera
#Southampton
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan