awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dr Akmal masih jalankan tugas Exco Melaka seperti biasa - KM
Penembak bekas PM Jepun Shinzo Abe fail rayuan terhadap hukuman penjara seumur hidup
Sultan Selangor terima menghadap Dr Malik, pertemuan sarat emosi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

UPM serlah kemampuan pasukan ragbi wanita

Sufian Hadi
Sufian Hadi
10/05/2013
06:15 MYT
UPM serlah kemampuan pasukan ragbi wanita
Seramai 20 pemain ragbi wanita Malaysia bakal menonjolkan kebolehan bermain ragbi dalam program 1Malaysia Angels Rugby Talent (1MART) yang dianjurkan oleh pelajar Universiti Putra Malaysia (UPM).
Menurut Pengarah Program 1MART, Rahmawati Nurdin, kemampuan wanita dalam sukan ini tidak diketahui umum dan ada juga yang memperlekehkan penglibatan mereka.
“Di Malaysia, rata-rata berpendapat bahawa wanita sememangnya tidak sesuai dalam sukan ini kerana ia merupakan antara sukan yang lasak dan ganas. Oleh sebab itu, penganjuran seperti ini wajar dilaksanakan bagi mendedahkan aksi serta kebolehan mereka."
Tambahnya lagi, UPM merupakan pusat kecemerlangan ragbi yang telah dipilih oleh Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) bagi meningkatkan kualiti dan prestasi dalan sukan ragbi tanah air.
“Kebanyakan pemain ragbi tempatan terdiri daripada pelajar UPM dan sebab itulah KPT memilih UPM sebagai Pusat Kecemerlangan Sukan Ragbi.” Katanya sambil mengalu-alukan kedatangan para peminat sukan ini bagi bersama-sama memberi sokongan.
Penganjuran buat julung kalinya ini juga akan melibatkan hampir 400 orang pelajar yang terdiri daripada pelajar sekolah menengah di sekitar Lembah Kelang yang terpilih.
Antara aktiviti menarik yang akan berlangsung seperti perlawanan persahabatan antara Serdang Angels menentang Fiji dan bengkel ragbi yang dikendalikan oleh jurulatih pasukan ragbi negara, Mazuri Sallehudin.
ragbi, upm
ragbi, upm
Topic Berkaitan
#1Malaysia Angels Rugby Talent
#Program 1MART
#Ragbi
#UPM
#wanita
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan