awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Projek RTB atasi masalah banjir kilat di Taman Sejahtera - Exco
PBB sambut baik pembukaan semula pintu sempadan Rafah - Jurucakap
"Kajian pilihan raya Datuk Bandar KL bukan dilakukan orang DAP" - Hannah Yeoh
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Usaha Nicol buru gelaran keenam Terbuka British berakhir

Bernama
Bernama
26/03/2017
06:22 MYT
Usaha Nicol buru gelaran keenam Terbuka British berakhir
Nicol yang diletakkan sebagai pilihan keenam, tewas 8-11, 11-7, 11-13 dan 7-11 kepada pemain pilihan ketujuh, Sarah-Jane Perry dari England. - Gambar fail
Usaha ratu skuasy negara, Datuk Nicol David untuk memburu gelaran keenam dalam kejohanan Skuasy Terbuka British yang sedang berlangsung, berakhir apabila pemain nombor tujuh dunia itu mengalami kekalahan mengejut dalam pusingan separuh akhir lewat Sabtu (Ahad di Malaysia).
Pemain kelahiran Pulau Pinang berusia 33 tahun itu yang diletakkan sebagai pilihan keenam, tewas 8-11, 11-7, 11-13 dan 7-11 kepada pemain pilihan ketujuh, Sarah-Jane Perry dari England dalam pertemuan 56 minit yang berlangsung di Airco Arena di Hull, England.
Untuk rekod, Nicol muncul juara dalam kejohanan itu pada tahun 2005, 2006, 2008, 2012 dan 2014.
Kemenangan ke atas Nicol menyaksikan Perry akan berentap dengan rakan senegaranya, Laura Massaro dalam pertandingan akhir pada Ahad.
Massaro, pemain pilihan kelima menempah tempat itu menerusi kemenangan sensasi 3-2 (5-11, 7-11, 11-5, 11-3 dan 11-6) ke atas pemain pilihan utama dan juara bertahan, Nour El Sherbini dari Mesir dalam empat pertemuan sebelum ini.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Nicol David
#Skuasy
#terbuka british
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan