KUALA LUMPUR: Jangan kalah tanpa melawan, skuad Harimau Malaya!. Selepas prestasi kurang memberangsangkan pada kempen pusingan kedua Kelayakan Piala Dunia 2022/ Piala Asia 2023, peminat bola sepak tempatan sekali lagi dikecewakan dengan mutu persembahan pasukan bola sepak negara bimbingan Tan Cheng Hoe.
Kekalahan kepada Jordan 0-4 pada aksi persahabatan antarabangsa Tier 1 pada Rabu, menunjukkan bagaimana prestasi Malaysia yang secara beransur-ansur meningkat naik sepanjang tahun 2019, terus merosot sejak pandemik COVID-19 melanda dunia pada awal tahun lalu.
Skuad Harimau Malaya yang dibarisi sebahagian besar pemain utama hanya tewas 0-1 di tangan Jordan dalam pertembungan terakhir kedua-dua pasukan, pada aksi persahabatan antarabangsa Tier 1 di Stadium Nasional Bukit Jalil pada Ogos 2019.
Bagaimanapun, faktor ketiadaan pemain tonggak untuk memperkuatkan pasukan kali ini tidak boleh dijadikan alasan untuk menutup kelemahan ketara pasukan negara, yang didedahkan Jordan pada aksi di Stadium King Abdullah II di Amman, itu.
Seramai tiga pemain iaitu kapten Mohamad Aidil Zafuan Abd Radzak, pemain tengah Muhammad Nazmi Faiz Mansor dan penyerang Guilherme De Paula daripada skuad yang menewaskan Thailand 1-0 pada aksi kelayakan Piala Dunia 2022/ Piala Asia 2023, Jun lepas, diturunkan bertemu Jordan.
BACA: Hatrik Ali Olwan bantu Jordan 'ratah' Harimau Malaya
Pada aksi Rabu, kepincangan di bahagian tengah dan pertahanan negara yang dilihat jelas tiada persefahaman yang baik, telah membuka peluang kepada kapten Jordan Odai Al-Saify mencetak nama sebagai penjaring sebelum Ali Olwan melengkapkan jaringan hatriknya.
Jentera serangan negara diketuai De Paula juga perlu mengambil tanggungjawab, bukan sahaja kegagalan merobek gawang pasukan di ranking ke-93 dunia itu, malah tidak berjaya mencipta gerakan berbahaya yang mengundang cemas pihak lawan di dalam kawasan mereka.
Jika alasan ketiadaan pemain tonggak dianggap relevan, maka ia bermakna terdapat jurang prestasi yang amat besar antara muka-muka yang sering diberi kepercayaan menyarung jersi negara sebelum ini dan barisan pemain diturunkan pada Rabu.
Andaian itu sekali gus menimbulkan persoalan, adakah skuad kebangsaan sebenarnya ketandusan pemain-pemain berbakat yang berupaya beraksi pada intensiti tertinggi menentang pasukan di ranking lebih baik?
Selain itu, persoalan kedua adakah skuad kebangsaan selama ini terlalu bergantung kepada pemain-pemain tertentu, sehingga menafikan peluang pemain lain yang lebih menyerlah sekali gus menjadi punca kumpulan pemain tersebut gagal beraksi dengan baik pada tahap tertinggi?
Meskipun pelbagai persoalan timbul, hakikatnya Cheng Hoe sebagai individu yang diberi mandat untuk meningkatkan mutu permainan skuad kebangsaan lebih mengetahui apa yang sedang dilakukannya, malah beliau sendiri tidak meletakkan tekanan kepada pasukannya kali ini untuk mencipta kemenangan.
Selepas Jordan, Malaysia yang menduduki ranking ke-154 dunia akan melengkapkan siri aksi persahabatan antarabangsa Tier 1 berdepan Uzbekistan (ke-84 dunia) di Stadium Antarabangsa Amman, Sabtu ini.
Selepas melihat pasukannya mudah 'dikerjakan' Jordan, Cheng Hoe perlu menampilkan kesebelasan terbaik berdepan Uzbekistan dengan mengambil kira semua aspek, termasuk melihat impak memberikan peluang kepada pemain muda terhadap kemajuan pasukan negara pada masa hadapan.
Skuad Harimau Malaya akan bersaing merebut kejuaraan Piala AFF 2020 yang dijadual berlangsung di Singapura pada Disember ini, sebelum menyambung misi memburu slot ke pusingan akhir Piala Asia 2023 pada pusingan ketiga kelayakan kempen itu tahun depan.
-- BERNAMA
bola sepak, harimau malaya, jordan, tan cheng hoe, komentar/p
Bernama
Thu Oct 07 2021
Skuad Harimau Malaya ketika menjalani sesi latihan terakhir menjelang Perlawanan Antarabangsa Tier 1 bertemu Jordan pada Rabu malam waktu Malaysia. - Facebook Football Association of Malaysia
Sekolah di Damsyik dibuka semula
Sekolah-sekolah di Damsyik dibuka semula pada Ahad, seminggu selepas kejatuhan Presiden Syria, Bashar al-Assad.
Penyatuan, keamanan misi mencabar untuk Syria
Ketegasan pemimpin Syria yang tidak mahu adanya campur tangan kuasa besar, dianggap tindakan bijak bagi mengelakkan Syria kembali berpecah.
Jangan benarkan budaya lompat parti dalam Kerajaan Perpaduan
Pendirian UMNO tetap tegas bahawa UMNO tidak akan sesekali menerima dan membenarkan perlakuan lompat parti dalam Kerajaan Perpaduan. #AWANInews
Perdana Menteri Thailand tiba di Malaysia untuk lawatan rasmi dua hari
Perdana Menteri Thailand Paetongtarn Shinawatra tiba di Malaysia pada Ahad bagi memulakan lawatan rasmi selama dua hari, atas jemputan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Ini merupakan lawatan sulung Paetongtarn ke Malaysia sejak dipilih sebagai Perdana Menteri Thailand ke-31 pada Ogos lepas, untuk menghadiri rundingan tahunan Malaysia-Thailand ketujuh.
Ini merupakan lawatan sulung Paetongtarn ke Malaysia sejak dipilih sebagai Perdana Menteri Thailand ke-31 pada Ogos lepas, untuk menghadiri rundingan tahunan Malaysia-Thailand ketujuh.
TikTok Live Fest: Tiga pencipta kandungan Malaysia bakal bersaing
Ketiga-tiga wakil Malaysia itu memiliki kisah unik tersendiri sebelum dipilih sebagai pencipta kandungan serantau di tangga teratas di TikTok LIVE.
[TERKINI] Sertai PKR: Saya belum buat sebarang keputusan - Tengku Zafrul
Tengku Zafrul berkata, beliau berpegang kepada prinsip membuat keputusan dengan tertib dan memaklumkan secara rasmi kepada pucuk pimpinan parti sebelum membuat sebarang pengumuman.
'Ada berbincang dengan PKR, tapi saya belum buat keputusan' - Tengku Zafrul
Tengku Zafrul belum membuat sebarang keputusan berhubung penyertaan dalam mana-mana parti politik.
Banjir di Pahang semakin pulih, mangsa di Johor kekal 36 orang
Kesemua mangsa berkenaan dari daerah Maran yang berlindung di PPS Balai Raya Kampung Baru Pertanian.
10 Berita Pilihan - (15 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Sekurang-kurangnya 11 maut selepas Siklon Chido melanda wilayah Mayotte, Perancis
Sekurang-kurangnya 11 orang disahkan maut dan lebih daripada 250 cedera selepas Siklon Chido melanda Wilayah Lautan Hindi Perancis, Mayotte.
Persatuan Bola Sepak Indonesia terima dana RM77 juta dari Presiden Prabowo
Komitmen Presiden Prabowo terhadap kemajuan sepak bola Indonesia benar-benar luar biasa, kata Ketua Umum PSSI.
UCL: Trio Mbappe-Vinicius-Bellingham pacu kemenangan Real Madrid atasi Atalanta
Real Madrid mengesahkan kemenangan 3-2 Liga Juara-Juara (UCL) yang diperlukan berdepan Atalanta.
Lionel Messi, Cristiano Ronaldo tercicir daripada FIFPRO World 11
Jude Bellingham, Vinicius Junior, dan Kylian Mbappe merupakan antara enam pemain Real Madrid yang mendominasi senarai FIFPRO World 11.
Kecederaan otak akibat tanduk bola risiko pemain bola sepak hidap demensia - Kajian
Tiada bukti risiko pemain bola sepak hidap demensia dikaitkan dengan gaya hidup mereka.
Bergson, Hidalgo boleh dinaturalisasikan - Tunku Mahkota Ismail
Tunku Mahkota Ismail berpandangan Bergson Da Silva boleh dinaturalisasikan bagi memperkuat pasukan bola sepak negara.
Piala AMEC: Hannah Yeoh titip pesanan buat Harimau Malaya
Menteri Belia dan Sukan memahami transisi yang berlaku dalam Harimau Malaya, namun, beliau optimis sekiranya skuad fokus, mereka boleh melaksanakannya.
EPL: Manchester City tamat kemarau kemenangan atasi Nottingham Forest
Jaringan Bernando Silva, Kevin De Bruyne dan Jeremy Doku menoktahkan rekod buruk City untuk kembali memperbaiki kedudukan dalam kelompok empat teratas.
Tiada istilah skuad kedua Harimau Malaya - Dollah Salleh
Dollah Salleh percaya tiada istilah skuad pertama mahupun kedua membabitkan pasukan kebangsaan itu yang bakal menggalas tugas negara pada saingan Piala ASEAN 2024 bermula Ahad ini.
KBS tunggu pengesahan rasmi kerajaan Johor jadi tuan rumah bola sepak Sukan SEA 2027
KBS sedang menunggu pengesahan rasmi daripada kerajaan Johor untuk menjadi penganjur bersama Sukan SEA 2027 bagi sukan bola sepak.
NADSAR bakal pacu ekosistem sukan dron di Malaysia
NADSAR diperkenalkan hari ini bagi memacu ekosistem pembangunan sukan dron sekali gus melahirkan lebih ramai bakat baharu dalam industri dron yang semakin berkembang di Malaysia.