awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Rangka manusia di rumah terbiar bongkar misteri kehilangan lima beranak
Pameran 'Tunku Negarawan Ulung: Pengasas Negara Bangsa' kini dibuka di Muzium Negara
Gobind tersenarai dalam "2026 Tech Diplomacy Global 50"
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

V Shem belum berhasrat gantung raket

Bernama
Bernama
06/07/2023
21:32 MYT
V Shem belum berhasrat gantung raket
V Shem (kiri) dan Nur Mohd Azriyn disingkirkan pada pusingan kedua oleh Chia Wei Jie-Liew Xun pada Kejohanan Kebangsaan 2023 di Stadium Juara, Bukit Kiara, Kuala Lumpur, 6 Julai 2023. - Facebook BAM
KUALA LUMPUR: Meskipun umurnya semakin meningkat, pemenang pingat perak Sukan Olimpik 2016, Goh V Shem belum berhasrat untuk bersara daripada arena badminton.
Malah, pemain beregu lelaki berusia 34 tahun itu tekad untuk terus mendorong diri selagi kudratnya mengizinkan beraksi di gelanggang.
"Kalau boleh main dan jika ada penaja saya akan teruskan, lagi pun badminton hobi saya," katanya kepada pemberita ketika ditemui pada Kejohanan Kebangsaan 2023 di Stadium Juara, Bukit Kiara, di sini, semalam.
Terdahulu, V Shem yang membentuk gandingan baharu bersama Nur Mohd Azriyn Ayub, disingkirkan pada pusingan kedua oleh Chia Wei Jie-Liew Xun daripada Persatuan Badminton Malaysia, 16-21, 7-21.
Beliau turut mengesahkan tidak lagi bergandingan dengan rakan beregunya Lim Khim Wah namun enggan mengulas lanjut mengenai perkara itu.
"Kami telah menarik diri daripada Terbuka Korea 2023 (18-23 Julai) dan Terbuka Australia (1-6 Ogos) akan datang," katanya.
Kali terakhir mereka beraksi bersama adalah bulan lepas apabila beregu itu kecundang pada pusingan pertama Terbuka Taiwan kepada beregu tuan rumah Chen Zhi Ray-Lu Chen, 17-21, 14-21.
Justeru, pemain kelahiran Kuala Lumpur itu berharap beliau akan segera mendapat rakan beregu yang sesuai sebelum kembali ke gelanggang.
"Susah untuk mendapatkan pasangan beregu terutama dalam kalangan pemain profesional kerana mereka sudah ada pasangan masing-masing," katanya.
V Shem bersama pasangannya ketika itu Tan Wee Kiong hampir memenangi pingat emas pertama Olimpik buat Malaysia di Brazil, sebelum tumpas kepada beregu China Fu Haifeng-Zhang Nan, 21-16, 11-21, 21-23 di final.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#badminton
#pingat perak
#rakan beregu
#pemain profesional
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan