RAPHAEL VARANE mengumumkan persaraannya di peringkat antarabangsa dengan berkata sudah sampai waktunya untuk generasi baru mengambil alih skuad kebangsaan Perancis.
Varane, yang melakukan penampilan pertama bersama Perancis pada Mac 2013, telah mewakili Les Bleus sebanyak 93 kali.
Bekas pertahanan tengah Real Madrid itu, yang menyertai Manchester United pada 2021, memulakan kesemua tujuh perlawanan ketika Perancis menjuarai Piala Dunia 2018.
Walaupun memulakan Piala Dunia tahun lalu dengan kecederan, Varane tampil dalam enam daripada kesemua perlawanan Perancis di Qatar, termasuk ketika tewas kepada Argentina dalam aksi final.
Varane mengesahkan persaraannya bersama skuad Perancis menerusi satu kiriman Instagram malam tadi.
"Mewakili negara hebat kita sepanjang sedekad merupakan satu penghargaan tertinggi dalam hidup saya," tulis Varane dalam kiriman itu.
"Setiap kali saya menyarung jersi biru yang amat istimewa ini, saya berasakan kebanggaan yang tidak terhingga.
"Tanggungjawab untuk memberikan segala yang saya ada, bermain dengan setulus hati dan memenangi setiap perlawanan apabila kami turun ke lapangan. Saya sudah memikirkannya sepanjang beberapa bulan ini dan memutuskan bahawa ia masa yang tepat untuk saya bersara."
Varane, yang pernah mengetuai pasukan negaranya sebanyak 20 kali, merupakan pemain keempat daripada skuad juara dunia 2018 mengumumkan persaraan di peringkat antarabangsa selepas Blaise Matuidi, Steve Mandanda dan bekas kapten, Hugo Lloris.
Karim Benzema tidak berada dalam skuad itu sebelum digugurkan menjelang kempen di Qatar kerana kecederaan. Pemenang Anugerah Ballon d'Or itu kemudian mengumumkan persaraannya di peringkat antarabangsa, tidak lama selepas kejohanan itu berakhir. -- Stadium Astro
Astro Arena
Fri Feb 03 2023

Varane, yang melakukan penampilan pertama bersama Perancis pada Mac 2013, telah mewakili Les Bleus sebanyak 93 kali.- Stadium Astro

Kedudukan bank-bank Malaysia mantap dalam menangani potensi kemerosotan kualiti aset
Pertumbuhan pinjaman dijangka akan terus diterajui oleh sektor perbankan Islam, yang menyumbang lebih 80 peratus daripada pertumbuhan industri itu pada 2022.

Amalkan langkah kesihatan awam sepanjang Ramadan - KP Kesihatan
Orang ramai digalakkan terus mengamalkan langkah-langkah kesihatan awam bagi melindungi diri, keluarga dan masyarakat sepanjang menjalani ibadah puasa tidak lama lagi.

Arab Saudi, Kuwait umumkan hari pertama Ramadan pada Khamis (23 Mac)
Arab Saudi dan Kuwait mengumumkan hari pertama Ramadan jatuh pada Khamis (23 Mac 2023).

Kylian Mbappe dilantik kapten pasukan Perancis
Penyerang sensasi, Kylian Mbappe dilantik sebagai kapten Perancis baharu menggantikan Hugo Lloris yang bersara daripada arena bola sepak antarabangsa.

Sushi mampu milik pilihan pelanggan di Kaherah
Seorang peniaga Mohamed Samir menjual sekeping sushi pada harga mampu miliki di sekitar kawasan Kaherah, Mesir.

Gembira dalam kesedihan menjelang Ramadan
Persiapan menjelang ramadan bagi penduduk Batu Pahat terbantut apabila kelengkapan musnah dihanyutkan banjir.

China ulangi pendirian tidak tawar bantuan kepada Rusia
China sekali lagi mengulangi pendirian tidak pernah terlibat menawarkan senjata kepada sekutunya berhubung perang antara Rusia dan Ukraine.

Persiapan Ramadan di Afghanistan sederhana
Persiapan Ramadan di Afghanistan suram memandangkan negara itu berdepan dengan krisis ekonomi yang berlarutan sejak Taliban mengambil alih pentadbiran negara.

Prayuth bakal berdepan situasi ketidaktentuan
Perdana Menteri Thailand, Prayuth Chan O-Cha dijangka berdepan situasi ketidaktentuan sekiranya dilantik semula bagi jawatan itu jika menang dalam Pilihan Raya Umum negara itu pada Mei depan.

Gereja di Burlington musnah akibat kebakaran
Kebakaran besar tercetus melibatkan sebuah gereja di Burlington, New Jersey, Amerika Syarikat pada Isnin dengan api dilaporkan mula merebak sejak pukul 6 petang.

Varane ikut jejak Benzema, Lloris bersara daripada skuad Perancis
Varane, yang melakukan penampilan pertama bersama Perancis pada Mac 2013, telah mewakili Les Bleus sebanyak 93 kali.

Piala Dunia Qatar: Varane tetap berbangga dengan pencapaian Perancis
Mbappe menjadi pemain kedua menjaringkan hatrik dalam perlawanan akhir Piala Dunia selepas Geoff Hurst untuk England pada 1966.

Varane yakin Man United miliki skuad lakar kejayaan
Dua minggu lalu United tewas dalam aksi pembukaan UCL kepada Young Boys dan tersingkir daripada saingan Piala EFL bertemu West Ham.

UCL: Zidane akui Real mahu lebih daripada separuh akhir
Real layak ke separuh akhir buat pertama kali sejak 2018 selepas seri tanpa jaringan di tempat lawan dengan Liverpool bagi memastikan kemenangan 3-1 secara agregat.

Mbappe adalah makhluk asing - Varane
Mbappe memenangi anugerah Pemain Muda Terbaik FIFA selepas persembahannya di Russia, di mana dia menjaringkan empat gol, termasuk satu jaringan ketika membenam Croatia 4-2 dalam final.

Piala Dunia: Perancis mara ke separuh akhir
Kesilapan penjaga gol Uruguay, Fernando Muslera memberi kelebihan kepada Perancis untuk menang 2-0 untuk mara ke separuh akhir.

Mbappe sahkan kemaraan Perancis ke pusingan kalah mati
Jaringan Kylian Mbappe sudah memadai untuk Perancis melakar kemenangan ke atas Peru 1-0, sekali gus layak ke pusingan kalah mati.

Varane, Les Bleus tenang di sebalik permulaan goyah
Raphael Varane menegaskan Perancis tetap tenang susulan kemenangan ke atas Australia sambil mereka bersiap sedia untuk menghadapi Peru dalam kempen Piala Dunia Russia.