RAPHAEL Varane yakin Manchester United memiliki skuad untuk berjaya di sebalik beberapa keputusan yang mengejutkan baru-baru ini.
Dua minggu lalu menyaksikan United tewas dalam aksi pembukaan Liga Juara-Juara (UCL) kepada Young Boys dan tersingkir daripada saingan Piala EFL bertemu West Ham sebelum satu lagi kekalahan dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) kepada Aston Villa di Old Trafford.
Jangkaan yang diletakkan kepada United bagi 2021-22 cukup tinggi selepas pemenang Piala Dunia, Varane, menyertai pasukan dari Real Madrid, sementara sasaran jangka masa panjang, Jadon Sancho, turut tiba dari Borussia Dortmund dan Cristiano Ronaldo kembali pulang ke United dari Juventus.
Tekanan kembali kepada pengurus Ole Gunnar Solskjaer yang bertemu Villarreal awal pagi esok, tetapi Varane tidak terlalu bimbang dengan perkara yang diperlukan untuk berjaya bersama kelab.
"Apa yang saya dapat lihat ialah, dengan rakan sepasukan saya, terdapat banyak kualiti dalam skuad kami," kata Varane.
"Kami mempunyai potensi besar, saya yakin dalam hal itu.
"Kami bekerja sangat keras, kami bekerja dengan baik dalam latihan dan mempamerkan peningkatan sepanjang masa. Sejak awal musim, saya fikir kami berada pada tahap positif dan menaik.
"Ada bakat dan ada pengalaman. Kami mempunyai semua yang diperlukan untuk mempunyai kepercayaan bahawa anda boleh melakukannya dengan baik."
Astro Arena
Wed Sep 29 2021

Raphael Varane dan rakan sepasukan Aaron Wan-Bissaka beraksi bersama pemain Newcastle United Allan Saint-Maximin ketika perlawanan EPL antara Manchester United dan Newcastle United di Old Trafford, 11 Sept, 2021. - Gambar fail REUTERS

"Saya dan kawan-kawan ada perancangan nak..." - Anuar Zain kongsi 'plan' Ramadan
Penyanyi Anuar Zain memberitahu dia dan rakan-rakannya sudah mempunyai perancangan untuk menunaikan solat tarawih di masjid berlainan.

Puteri Sarah berlakon drama poligami, netizen sifatkan seakan kehidupan sebenar
Sarah memuat naik gambarnya bersama dua pelakon yang terlibat dalam drama berkenaan iaitu Daniella Sya dan Aida Khalida.

AWANI Ringkas: Kerja pembaikan paip pecah selesai
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Kadar pencen lapuk, kerajaan digesa tambah baik PHU, ELS
Kadar pencen lapuk, kerajaan digesa tambah baik PHU, ELS

Pelarian Rohingya gagal lari ke Malaysia
Penahanan kumpulan termasuk wanita dan kanak-kanak itu dibuat di bandar Thanbyuzayat di selatan Yangon.

KPDN Terengganu gerakkan 116 penguat kuasa Op Pantau 2023
Lokasi yang dipantau termasuk bazar Ramadan, bazar Aidilfitri, pasar awam, pasar tani, pasar raya dan aktiviti jualan dalam talian.

AWANI Ringkas: Sediakan perkhidmatan lebih baik dan adil kepada rakyat
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Azeem raih emas acara 100 meter di Florida
Azeem menamatkan perlumbaan dengan catatan 10.32 saat sekali gus meninggalkan sembilan pelumba lain.

Mangsa banjir di Johor menurun kepada 263 orang pagi ini
Kesemua 64 keluarga itu ditempatkan di empat pusat pemindahan sementara yang masih beroperasi ketika ini.

Syarikat korporat, individu disaran selaraskan bantuan Ramadan, Aidilfitri
Perkara ini bertujuan memastikan sumbangan itu dapat diagihkan secara sistematik dan terus kepada golongan terlibat.

Varane ikut jejak Benzema, Lloris bersara daripada skuad Perancis
Varane, yang melakukan penampilan pertama bersama Perancis pada Mac 2013, telah mewakili Les Bleus sebanyak 93 kali.

Piala Dunia Qatar: Varane tetap berbangga dengan pencapaian Perancis
Mbappe menjadi pemain kedua menjaringkan hatrik dalam perlawanan akhir Piala Dunia selepas Geoff Hurst untuk England pada 1966.

Varane yakin Man United miliki skuad lakar kejayaan
Dua minggu lalu United tewas dalam aksi pembukaan UCL kepada Young Boys dan tersingkir daripada saingan Piala EFL bertemu West Ham.

UCL: Zidane akui Real mahu lebih daripada separuh akhir
Real layak ke separuh akhir buat pertama kali sejak 2018 selepas seri tanpa jaringan di tempat lawan dengan Liverpool bagi memastikan kemenangan 3-1 secara agregat.

Mbappe adalah makhluk asing - Varane
Mbappe memenangi anugerah Pemain Muda Terbaik FIFA selepas persembahannya di Russia, di mana dia menjaringkan empat gol, termasuk satu jaringan ketika membenam Croatia 4-2 dalam final.

Piala Dunia: Perancis mara ke separuh akhir
Kesilapan penjaga gol Uruguay, Fernando Muslera memberi kelebihan kepada Perancis untuk menang 2-0 untuk mara ke separuh akhir.

Mbappe sahkan kemaraan Perancis ke pusingan kalah mati
Jaringan Kylian Mbappe sudah memadai untuk Perancis melakar kemenangan ke atas Peru 1-0, sekali gus layak ke pusingan kalah mati.

Varane, Les Bleus tenang di sebalik permulaan goyah
Raphael Varane menegaskan Perancis tetap tenang susulan kemenangan ke atas Australia sambil mereka bersiap sedia untuk menghadapi Peru dalam kempen Piala Dunia Russia.