SUKAN
Verstappen juara GP Itali di sebalik kontroversi arahan pasukan McLaren

Max Verstappen dari Red Bull meraikan kejayaan selepas memenangi Grand Prix Itali F1 di Autodromo Nazionale Monza, Monza, Itali, 7 Sept 2025. REUTERS
MONZA (Itali): Kontroversi arahan pasukan melanda pencabar kejuaraan daripada pasukan McLaren, ketika pemandu Red Bull, Max Verstappen menggunakan segala pengalamannya dalam Formula 1 (F1) untuk meraih kemenangan di Grand Prix (GP) Itali pada Ahad, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).
Ringkasan AI
- Max Verstappen (Red Bull) menang GP Itali dengan pengalaman dan strategi pit yang baik, sekali gus meraih kemenangan F1 ke-66 dalam kerjayanya.
- McLaren berdepan kontroversi arahan pasukan apabila Oscar Piastri diminta menyerahkan semula kedudukan kepada Lando Norris, yang akhirnya menamatkan saingan di tempat kedua.
- Charles Leclerc (Ferrari) di tempat keempat, George Russell (Mercedes) kelima, manakala Lewis Hamilton bangkit dari petak ke-10 untuk menamatkan perlumbaan di tempat keenam.
Pemandu Belanda, Verstappen kini berada di tempat ketiga dalam kedudukan kejuaraan dan menyedari bahawa peluang untuk gelaran dunia kelima berturut-turut adalah sangat tipis, namun pemandu Red Bull itu sekurang-kurangnya berjaya meraih kemenangan F1 ke-66 dalam kerjayanya.
Verstappen, yang mencatat pusingan terpantas dalam sejarah F1 semasa sesi kelayakan untuk merampas petak pertama daripada McLaren, berjaya mengekalkan kedudukan di depan selepas dua kali bertukar tempat dengan Norris dalam aksi awal mendebarkan.
Beliau kemudiannya membina kelebihan mencukupi untuk memastikan strategi hentian pit sekali tidak mengancam kemenangannya.
Norris memutuskan untuk kekal lebih lama di trek dengan set tayar pertamanya namun tidak berhasil, apabila hentian pit yang perlahan hampir menyebabkan beliau kehilangan tempat kedua sebelum pasukan meminta Piastri yang berang membenarkannya kembali ke tempat kedua.
Pemandu Ferrari, Charles Leclerc menamatkan saingan di tempat keempat manakala pemandu Mercedes, George Russell di tempat kelima. Lewis Hamilton pula bangkit menamatkan perlumbaan di tempat keenam, selepas bermula di petak ke-10 berikutan penalti grid lima petak dalam penampilan pertamanya di GP Itali bersama Scuderia.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami