awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

VfL Wolfsburg buka pejabat wilayah Asia Tenggara di KL

Bernama
Bernama
30/08/2023
21:58 MYT
VfL Wolfsburg buka pejabat wilayah Asia Tenggara di KL
Micheal Meeske berucap ketika merasmikan pelancaran pejabat Asia Tenggara VfL Wolfsburg di Menara Matrade, Kuala Lumpur, 30 Ogos 2023. - fotoBERNAMA
KUALA LUMPUR: Pasukan Bundesliga VfL Wolfsburg membuka pejabat Asia Tenggara mereka di Menara Matrade di sini bagi mempromosikan program teknikal dan perniagaan ke perniagaan (B2b) berkaitan bola sepak di rantau ini.
Ini adalah pejabat luar negara kedua yang ditubuhkan 'The Wolves' selepas Beijing, China pada 2017.
Ketua Pegawai Eksekutif VfL Wolfsburg Michael Meeske berkata dengan pembukaan pejabat Kuala Lumpur mereka, kelab itu terbuka untuk bekerjasama dengan mana-mana pasukan di Malaysia dalam pembangunan bola sepak.
"Malaysia adalah sebuah negara yang berpengaruh dan mempunyai hubungan kukuh dengan Jerman, yang memudahkan kami sebagai sebuah kelab bola sepak Jerman.
"Oleh itu, kami memutuskan untuk membuka pejabat di sini, Malaysia kerana ia merupakan titik akses yang baik di rantau ini," katanya pemberita selepas merasmikan pelancaran pejabat itu di sini semalam.
Beliau berkata kelab itu merancang untuk ke Malaysia tahun depan bagi mengeratkan hubungan dengan komuniti bola sepak Malaysia.
"Kami sedang merancang untuk datang bersama pasukan ke Malaysia, mungkin tahun depan dan ia sepatutnya menjadi peluang yang baik untuk bekerjasama dengan kelab bola sepak lain kerana itu misi kami dalam dunia bola sepak," katanya.
VfL Wolfsburg ialah sebuah kelab profesional yang ditubuhkan pada tahun 1945 di bandar Wolfsburg, Jerman, tempat Volkswagen diasaskan.
Kelab itu mendapat kenaikan ke Bundesliga pada tahun 1997 dan di dalamnya sejak itu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#VfL Wolfsburg
#pejabat Asia Tenggara
#Menara Matrade
#bola sepak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan