Syarikat Vida Beauty akan menarik balik penajaan sekiranya prestasi skuad Kelantan masih terumbang-ambing.
Pengasasnya Datuk Seri Dr Hasmiza Othman berkata khabar angin mengatakan syarikat itu akan menghentikan tajaan tidak mustahil berlaku jika skuad itu masih tidak menunjukkan peningkatan dalam saingan Liga Super ketika ini.
"Khabar angin itu tidak mustahil akan berlaku kerana saya seorang ahli perniagaan. Jika pasukan tidak 'perform' dan menyebabkan jualan saya jatuh macam mana saya nak bayar tajaan.
"Pasukan perlu kembali ke landasan sebenar bagi memberi keyakinan kepada semua pihak (yang menyokong Kelantan)," katanya kepada pemberita di sini hari ini ketika ditanya tentang khabar angin tersebut.
Pada 4 Mac lalu, Kelantan terkeluar daripada saingan Piala FA selepas tewas kepada Kedah menerusi penentuan sepakan penalti, yang berakhir dengan Kedah 5 Kelantan 4.
Hasmiza yang lebih dikenali sebagai Dr Vida sebelum ini dilaporkan sedia menaja dan membelanjakan RM20 juta bagi memastikan skuad Kelantan berada pada prestasi terbaik dalam tempoh dua musim, bermula musim ini.
Dalam pada itu, beliau turut menggesa penyokong Kelantan supaya lebih profesional ketika memberikan sokongan kepada pasukan.
"Anda (penyokong) sekiranya sayangkan kepada pasukan, janganlah hanya sokong pasukan semasa berada di puncak, tapi sokonglah sepanjang masa.
"Jadilah seperti penyokong Eropah...walaupun pasukan mereka kalah atau menang mereka tetap menyokong pasukan mereka.
"Anda tidak perlu menyalahkan pasukan atau memboikot mana-mana individu," katanya.
Kelantan melonjak ke tangga kelima carta Liga Super dengan kemenangan 3-0 ke atas Terengganu dalam perlawanan di Stadium Sultan Muhammad ke-IV malam tadi.
Tiga gol pasukan pasukan tuan rumah itu dijaringkan Wan Zack Haikal Wan Md Noor pada minit ke-12, Wan Zaharulnizam Wan Zakaria (62') dan Fakhrul Zaman Wan Abdullah Zawawi (88').
Bernama
Sun Apr 24 2016
HASMIZA: Jika pasukan tidak 'perform' dan menyebabkan jualan saya jatuh macam mana saya nak bayar tajaan. - Gambar Fail
Kejadian berlaku berhampiran Tol Wangsa Maju
Sebuah kereta mewah hangus dalam kebakaran di Lebuhraya SPE, sebelum Hentian Tol Wangsa Maju, Kuala Lumpur.
UMNO tidak terima atau benarkan ahli parti
UMNO tegaskan tidak menerima atau membenarkan mana-mana ahli parti melakukan tindakan lompat parti, termasuk dalam Kerajaan Perpaduan.
Guna saluran dalaman, jangan sampai berantakan
Pengerusi BN Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengingatkan ahli parti supaya tidak menggunakan media sosial untuk meluahkan rasa tidak puas hati.
Langkawi Ferry Line Ventures batalkan kenaikan kadar tambang
Langkawi Ferry Line Ventures Sdn Bhd mengumumkan pembatalan kenaikan kadar tambang feri Langkawi ke Kuala Kedah dan Kuala Perlis bagi warganegara Malaysia yang diumumkan sebelum ini.
Polis buka siasatan dalaman terhadap anggota disyaki tunjuk isyarat lucah
Polis menjalankan siasatan dalaman terhadap seorang anggotanya yang didakwa menunjukkan isyarat lucah kepada seorang wanita dalam satu protes di ibu negara, Jumaat lepas.
Lelaki ditahan kurang empat jam selepas samun farmasi
Polis berkata suspek berusia 20 tahun itu ditahan bersama pisau yang dipercayai digunakan dalam kes berkenaan dan baki wang tunai hasil samun.
BN mahu beri sumbangan dominan pada PRU16 - Ahmad Zahid
Barisan Nasional (BN) mahu menjadi parti yang dapat memberikan sumbangan besar dan dominan pada Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang, kata Pengerusinya Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
AWANI Borneo [15/12/2024] - Kenalan lelaki mangsa direman | Apa impak langkah SAPP? | 11 projek sakit di Sarawak
AWANI Borneo Ahad, 15 Disember 2024 bersama Nickyson Nyambar
Wanita hilang sepuluh hari ditemui tidak bernyawa dalam kereta
Tindakan SAPP keluar pn, apa reaksi Ronald Kiandee dan Bung Moktar?
Masalah kontraktor antara punca projek sakit di Sarawak
Wanita hilang sepuluh hari ditemui tidak bernyawa dalam kereta
Tindakan SAPP keluar pn, apa reaksi Ronald Kiandee dan Bung Moktar?
Masalah kontraktor antara punca projek sakit di Sarawak
Anwar gesa pemilihan PKR segera dilakukan, junjung prinsip demokrasi
Anwar berkata barisan kepimpinan parti juga harus melibatkan gandingan baharu dan lama.
Tiada lagi penyeri keluarga, pemergian 'Amoi' amat dirasai
Bapa mangsa, Lan Endor, menyifatkan pemergian Nurul Asikin atau lebih dikenali sebagai Amoi sebagai seorang yang sentiasa ceria dan tidak pernah lupa memberitahu ibunya setiap kali ingin ke mana-mana.
Vida sedia 'pasukan' urus Kelantan FC
Pasukan tersebut disertai oleh individu yang mempunyai pengalaman luas dalam bola sepak dan pengurusan.
Kelab penyokong bola sepak teruja Vida pimpin Perak FC
Sehingga kini, Perak FC masih berdepan masalah berkaitan isu pembayaran gaji para pemain dan staf kejurulatihan mereka.
Perak FC belum 'dirisik' Datuk Seri Vida
Perak FC masih belum menerima sebarang tawaran daripada jutawan kosmetik, Datuk Seri Hasmiza Othman atau lebih dikenali Datuk Seri Vida.
Mahkamah tolak tuntutan hadanah bekas suami Datuk Seri Vida
Mahkamah Tinggi Syariah Kota Bharu tolak permohonan hak lawatan, bermesra dan bermalam ke atas Cik B dan Kacak.
Bekas suami Datuk Seri Vida fail tuntutan hadhanah
Mohd Amin memfailkan tuntutan itu selepas dihalang untuk berjumpa dua anaknya, Cik B dan Kacak.
KLWBC2020: Nama dan jenama serta jiwa kental DSV
Datuk Seri Vida (DSV) mencipta utopia baharu. Konsep dunia bisnes masa kini bukan lagi menjual produk tetapi harus dipacu suntikan selebriti.
Isu berlian palsu: Datuk Seri Vida mohon maaf kepada Aishah
Jutawan kosmetik, Datuk Seri Dr Hasmiza Othman atau Datuk Vida hari ini membuat permohonan maaf secara terbuka kepada penyanyi, Wan Aishah Wan Ariffin atau Aishah.
Isu taja TRW: Saya kata jangan pikul 'biawak hidup' - Vida
Vida mengakui dirinya hampir muflis sewaktu menaja TRW dahulu kerana banyak dilaburkannya.
Datuk Seri Vida nafi jatuh miskin
Ada yang mendakwa Vida berdepan masalah kewangan selepas mata wang kripto LaVida Coin yang dilancarkan beliau berdepan masalah.
'Ujian... tanda Allah sayang' - Datuk Seri Vida rugi RM100,000 akibat ribut
Beberapa cermin serta bumbung di gudang yang telah beroperasi setahun lebih itu turut mengalami kerosakan kerana terkena besi khemah berkenaan.