awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pilihan raya Majlis Nasional Palestin ditetapkan pada 1 November
Toleransi beragama, keselamatan rumah ibadat asas keharmonian - Ahmad Zahid
Hutan di puncak bukit berhampiran Taman Tun Abdul Razak terbakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Vida Beauty tangguh tajaan musim depan

Bernama
Bernama
29/10/2016
15:45 MYT
Vida Beauty tangguh tajaan musim depan
Tan Sri Annuar Musa berkata Datuk Seri Vida (gambar) mahu menangguhkan sementara penajaan tersebut dan bukan membatalkannya. - Gambar fail
Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) dan penaja utama pasukan Kelantan, Vida Beauty Sdn Bhd bersetuju menangguhkan sementara penajaan pada saingan Liga Malaysia musim depan.
Presiden KAFA, Tan Sri Annuar Musa berkata keputusan itu dicapai dalam pertemuan pihaknya dengan pemilik syarikat itu, Datuk Seri Dr Hasmiza Othman baru-baru ini.
"Datuk Seri Vida (Hasmiza) yang mahu menangguhkan sementara penajaan tersebut dan bukan membatalkannya," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.
Annuar berkata sekiranya syarikat itu mahu menyambung kembali tajaannya pada Liga Malaysia 2018, segala perjanjian dalam kontrak penajaan tersebut masih terpakai.
"KAFA amat berterima kasih kepada syarikat tersebut di atas tajaan yang diberikan sepanjang tahun ini walaupun persatuan terpaksa mencari kaedah lain dalam menampug beberapa kos selepas ini," katanya.
Katanya KAFA sentiasa menjaga hubungan baik dengan pihak penaja dan cuba mengelak daripada berlakunya konflik kerana ia tidak menguntungkan.
Beliau berkata KAFA kini sedang berunding dengan beberapa penaja untuk menaja pasukan Kelantan pada musim akan datang.
Akhbar sebelum ini melaporkan Syarikat Vida Beauty berhasrat untuk tidak menaja pasukan Kelantan pada Liga Malaysia musim depan.
Mengikut perjanjian asal, syarikat itu masih mempunyai kontrak penajaan setahun lagi dengan pasukan berkenaan. -- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Datuk Seri Dr Hasmiza Othman
#Persatuan Bola Sepak Kelantan
#Tan Sri Annuar Musa
#tangguh penajaan
#Vida Beauty
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan