awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Edar vape berisi dadah, warga Singapura antara dua ditahan
TPM Ahmad Zahid cadang Skim Potongan Gaji sukarela perluas program wakaf al-Quran
Lebih 51,000 penerima bantuan JKM di Kelantan masih aktif
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Vidal elak fikir tentang Chelsea

Astro Arena
Astro Arena
14/01/2018
09:16 MYT
Vidal elak fikir tentang Chelsea
Saya ada mendengar mengenai berita itu tetapi saya mahu meletakkan fokus bersama Bayern, kata Vidal. - Astro ARENA
PEMAIN tengah Bayern Munich, Arturo Vidal, menegaskan dirinya mahu fokus terhadap kejuaraan yang dikejar pasukannya sambil mengabaikan spekulasi mengenai Chelsea yang mahu mendapatkan khidmat pemain Chile itu.
Juara bertahan Liga Perdana Inggeris (EPL) itu dilaporkan mahu mendapatkan khidmat Vidal menerusi pengaruh yang dimiliki bekas pengendali Juventus yang kini berada di Stamford Bridge, Antonio Conte.
Walaupun sedar mengenai perkhabaran itu, Vidal tidak mahu memikirkannya tetapi mahu mengejar impian meraih tiga kejuaraan -- Liga Juara-Juara Eropah, Bundesliga, Piala Jerman -- pada musim ini.
"Saya ada mendengar mengenai berita itu tetapi saya mahu meletakkan fokus bersama Bayern," kata Vidal selepas membantu pasukannya menewaskan Sonnenhof Grossaspach pada Selasa lalu.
"Kami adalah pasukan yang hebat dan menjaringkan banyak gol. Kami juga mahu memenangi setiap trofi. Itulah fokus sebenar saya."
Bulan lalu, pengurus Bayern, Jupp Heynckes, menegaskan Vidal tidak akan dijual ketika jendela perpindahan Januari dibuka.
Untuk musim 20178/18, pemain berusia 30 tahun itu telah melakukan 14 penampilan liga dan mencatat lima jaringan.
Topic Berkaitan
#Antonio Conte
#Arturo Vidal
#Bayern Munich
#Chelsea
#EPL
#Jupp Heynckes
#Liga Perdana Inggeris
#perpindahan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan