awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lee Chong Wei terbuka sambut Misbun Sidek dalam kem kebangsaan
33 penyokong Selangor FC cetus kekecohan direman, 21 positif dadah
Inkues Zara Qairina: Saksi dakwa diganggu ibu arwah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Vidal 'jantung' kebangkitan Barca - Valverde

Astro Arena
Astro Arena
10/03/2019
02:39 MYT
Vidal 'jantung' kebangkitan Barca - Valverde
Lionel Messi (dua kanan) beraksi semasa perlawanan LaLiga antara Barcelona dan Rayo Vallecano di Stadium Camp Nou, Barcelona, Sepanyol, 9 Mac, 2019. (Foto AP)
BARCELONA 3 RAYO VALLECANO 1
Persembahan pemain tengah, Arturo Vidal, merupakan faktor penting dalam kemenangan Barcelona ke atas Rayo Vallecano, kata Ernesto Valverde.
Pendahulu LaLiga itu bangkit untuk menang 3-1 di Camp Nou, awal pagi tadi, hasil jaringan Gerard Pique, Lionel Messi dan Luis Suarez.
Tonggak Chile, Vidal, 31, yang diturunkan dalam kesebelasan utama buat kali ke-19 sejak berpindah daripada Bayern Munich, Ogos lalu, mempamerkan aksi bertenaga untuk membantu Barca memadamkan gol pendahuluan Raul de Tomas pada minit ke-24.
Pemain tengah itu membuat lebih banyak sentuhan dan terjahan daripada pemain lain sehingga mengundang pujian hebat daripada pengurusnya.
"Dia beraksi dalam banyak perlawanan," kata Valverde.
"Dia mempunyai jantung yang luar biasa, dia sentiasa dekat dengan kawasan penalti -- kawasan sendiri mahupun pihak lawan - dan dia mempunyai kadar pemulihan yang sangat tinggi.
"Dia dan Sergio Busquets memacu kami pada waktu-waktu tertentu."
Philippe Coutinho beraksi kurang menyerlah dan dikeluarkan pada minit ke-80 sehingga mengundang perhatian daripada peminat tuan rumah.
Pemain berusia 26 tahun itu gagal mencetak sebarang gol LaLiga sejak Oktober lalu tetapi Valverde menggesa bintang Brazil itu supaya terus mempercayai kemampuannya.
"Coutinho berjuang sepanjang perlawanan ini," katanya. "Kami sentiasa mengharapkan pemain kami untuk melakukan sentuhan magis. Kadang-kadang ia menjadi dan kadang-kadang tidak.
"Anda perlu bertahan untuk mendapatkan gerakan-gerakan yang boleh memberikan anda keyakinan."
Keputusan itu menyaksikan Barca melebarkan jarak dengan pencabar terdekat, Atletico Madrid, dengan tujuh mata.
Topic Berkaitan
#Arturo Vidal
#barcelona
#Ernesto Valverde
#Gerard Pique
#LaLiga
#Lionel Messi
#Luis Suarez
#Philippe Coutinho
#Rayo Vallecano
#sepanyol
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan