awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dewan hotel tiba-tiba terbakar, majlis makan malam bertukar tragedi
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Tiga ADUN Pas Perlis terhenti keahlian serta-merta - Abdul Hadi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Villa bangkit hebat, PSG tetap ke separuh akhir

Sinar Harian
Sinar Harian
16/04/2025
00:50 MYT
Villa bangkit hebat, PSG tetap ke separuh akhir
Penjaga gol PSG Gianluigi Donnarumma dan rakan sepasukan bersorak selepas tamat perlawanan suku akhir kedua Liga Juara-Juara antara Aston Villa dan PSG di Stadium Villa Park, Birmingham, England, 15 Apr 2025. (Foto AP)
IMPIAN Paris Saint-Germain (PSG) untuk menjulang trofi Liga Juara-Juara buat kali pertama menyala apabila berjaya menyingkirkan cabaran Aston Villa dengan agregat tipis 5-4, selepas tewas 2-3 di Stadium Villa Park pada Rabu.
Les Parisiens bimbingan Luis Enrique bermula garang apabila memimpin perlawanan dengan dua gol dihasilkan bek sayap lincah, Achraf Hakimi (m-11) dan Nuno Mendes (m-27), untuk membungkam sorakan penyokong tuan rumah.
Bagaimanapun anak buah Unai Emery yang tewas 1-3 di Stadium Parc des Princes, tidak mengalah apabila bangkit apabila Youri Tielemans menjaringkan gol yang terbias pada minit ke-34.
The Villans antara dua wakil Liga Perdana Inggeris (EPL) selain Arsenal di fasa lapan terbaik kemudiannya melebarkan jaringan pada separuh masa kedua dengan dua gol menerusi John McGinn (m-55) dan Ezri Konsa (m-57), untuk kedudukan 3-2.
Kelab Birmingham itu terus menggempur kubu Les Parisiens, namun ketangkasan memaksa penjaga gol Gianluigi Donnarumma berjaya menafikan rangkaian jentera The Villans bagi memastikan kemenangan agregat kekal milik kelab Ligue 1 Perancis itu.
Anak buah Enrique akan menanti pemenang perlawanan Real Madrid atau Arsenal yang akan bertarung di Stadium Santiago Bernabeu pada Khamis. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#PSG
#Liga Juara-Juara
#Aston Villa
#UCL
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan