awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Vaksinasi COVID-19: Mahkamah tolak rayuan guru, staf UM
Cadangan had tempoh PM tidak rugikan negara - AMK
51 kereta musnah dalam kebakaran bengkel di Sungai Buloh
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Visi, kesungguhan Selangor FC pikat hati Pan-gon

Sinar Harian
Sinar Harian
06/01/2026
04:17 MYT
Visi, kesungguhan Selangor FC pikat hati Pan-gon
Pan-gon melihat Selangor FC mempunyai aspirasi yang selari dengan objektif peribadinya sebagai jurulatih selain kagum dengan pemahaman kelab tersebut terhadap falsafah kepimpinannya. - Gambar fail/Bernama
KEYAKINAN terhadap visi yang jelas serta kesungguhan luar biasa yang ditunjukkan oleh pengurusan Selangor FC menjadi faktor utama Kim Pan-gon memilih untuk menyertai skuad Gergasi Merah.
Bekas pengendali skuad kebangsaan itu secara rasmi diumumkan sebagai pengendali baharu Selangor pada Isnin sekali gus meleraikan teka-teki mengenai destinasi baharu beliau selepas meninggalkan kancah bola sepak Korea Selatan baru-baru ini.
Menurut Pan-gon, beliau melihat Selangor FC mempunyai aspirasi yang selari dengan objektif peribadinya sebagai seorang jurulatih selain kagum dengan pemahaman kelab tersebut terhadap falsafah kepimpinan yang ingin dibawanya.
“Keputusan saya menyertai Selangor FC dibuat berdasarkan keyakinan terhadap visi dan kesungguhan kelab. Mereka telah menunjukkan komitmen yang luar biasa serta pemahaman mendalam terhadap falsafah dan kepimpinan yang saya akan bawa.
“Selain itu, sasaran dan objektif kelab selaras dengan aspirasi peribadi saya sebagai seorang jurulatih,” katanya.
Pan-gon bukanlah nama asing dalam arena bola sepak tempatan. Beliau sebelum ini mencipta fenomena apabila berjaya melonjakkan ranking Harimau Malaya dari kedudukan ke-154 ke-134 dunia antara tahun 2022 hingga 2024.
Malah, sentuhan magisnya turut menamatkan penantian 42 tahun Malaysia untuk layak ke Piala Asia secara merit, pencapaian yang mengangkat semula imej bola sepak negara di pentas Asia.
Mengulas mengenai corak permainan yang bakal diterapkan, Pan-gon menegaskan beliau akan mengekalkan falsafah yang memberi fokus kepada pemain dengan menekankan latihan berkualiti serta analisis taktikal yang terperinci.
Jelasnya, gabungan pemain berpengalaman dan tenaga muda dalam skuad Selangor dilihat seimbang, namun menuntut disiplin dan profesionalisme tinggi bagi memastikan setiap individu berfungsi secara optimum.
“Pasukan akan berusaha menampilkan aksi berintensiti tinggi dan agresif bagi menghadiahkan sebanyak mungkin kemenangan kepada penyokong seterusnya membangkitkan rasa bangga mereka terhadap kelab.
“Saya amat menghargai kebanggaan yang mendalam dan sokongan penyokong Selangor FC terutama di Stadium MBPJ sebelum ini yang juga memberi inspirasi kepada saya untuk ke sini,” ujarnya.
Sebelum kembali ke Malaysia, Pan-gon melakar sejarah peribadi apabila membantu Ulsan HD FC menjuarai K League 1 bagi tahun 2024, menjadikan beliau individu pertama memenangi liga tersebut sebagai pemain dan ketua jurulatih bersama kelab sama. -- Sinar Harian


Topic Berkaitan
#Kim Pan-gon
#Selangor FC
#ketua jurulatih
#skuad Gergasi Merah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan