awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kit ujian kehamilan disimpan sebagai kenangan? Amalan nampak manis tapi sebenarnya berisiko
Fasa pertama pilihan raya umum Myanmar selesai
Jika pemain tiada penaja, lebih baik bersama skuad kebangsaan - Wei Feng
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Wai Ching cemerlang 'tawan' Menara Zagreb

Bernama
Bernama
03/09/2022
15:38 MYT
Wai Ching cemerlang 'tawan' Menara Zagreb
Jaguh larian menara dunia, Soh Wai Ching, telah merangkul gelaran di Zagreb, Croatia, hari ini, dalam melengkapkan usaha untuk cubaan juara berganda dalam Kejohanan Larian Menara Eropah. - Gambar fail/Stadium Astro
KUALA LUMPUR: Jaguh larian menara dunia, Soh Wai Ching, telah merangkul gelaran di Zagreb, Croatia, hari ini, dalam melengkapkan usaha untuk cubaan juara berganda dalam Kejohanan Larian Menara Eropah.
Atlet berusia 28 tahun itu menampilkan larian cemerlang apabila mengungguli kategori keseluruhan Cabaran Menara Zagreb ( Zagrepcanka 512) dengan mendaki 490 anak tangga dan 25 tingkat (ketinggian 83.3 meter) dengan catatan masa dua minit 38 saat.
Bagaimanapun, beliau ketinggalan hanya empat saat untuk memperbaharui rekod 2:34s.
Pelari tuan rumah, Kristian Rubinic di tempat kedua dengan catatan masa 2:55s manakala rakan senegara, Danijel Pecek di tangga ketiga dengan masa 2:58s.
Pada 29 Ogos lalu, Wai Ching mempertahankan kejuaraan Kolnturm Treppenlauf (Cologne Towerrun) dengan rekod baharu serta menjuarai kategori keseluruhan Kejohanan Larian Menara Jerman (Cabaran Menara Cologne) dengan mendaki 714 anak tangga di bangunan 39 tingkat dalam masa 3:17s.
-- BERNMAMA
Topic Berkaitan
#jaguh larian menara
#Soh Wai Ching
#Zagreb
#Croatia
#Kejohanan Larian Menara Eropah
#juara berganda
#Menara Zagreb
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan