awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
TikTok kenakan caj RM0.50 bagi setiap jualan berjaya mulai 15 Februari 2026
iPhone boleh katup? Apple dilapor uji rekaan mirip Galaxy Z Flip
Pengarah drama Manjalara, Haris Kadir meninggal dunia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Wai Ching mulakan lembaran 2024 penuh bergaya, pecah rekod di China

Bernama
Bernama
01/01/2024
13:14 MYT
Wai Ching mulakan lembaran 2024 penuh bergaya, pecah rekod di China
Wai Ching menamatkan larian mendaki 2,121 anak tangga bagi menawan menara setinggi 81 tingkat dengan rekod baharu iaitu 12 minit dan 17 saat. - Bernama
KUALA LUMPUR: Jaguh pelari menara negara Soh Wai Ching memulakan lembaran 2024 dengan penuh bergaya apabila berjaya menenangi Qingdao Vertical Marathon di China, hari ini.
Wai Ching menamatkan larian mendaki 2,121 anak tangga bagi menawan menara setinggi 81 tingkat itu dengan rekod baharu iaitu 12 minit dan 17 saat.
Kejayaan itu sekali gus menyaksikan pelari berusia 29 tahun memecah rekod kejohanan yang sebelum ini dipegang pelari tempatan Shi Ai Ai dengan catatan masa 12:45 saat untuk menawan menara setinggi 331 meter itu.
"Gembira apabila muncul juara juara keseluruhan tetapi paling gembira kerana dapat pecahkan rekod lampau kerana saya memang menyasarkan untuk melakukan pecah rekod.
"Terima kasih kepada semua yang memberikan sokongan. Saya akan mengekalkan semangat juang sebegini sepanjang 2024," katanya dalam satu kenyataan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Soh Wai Ching
#Qingdao Vertical Marathon
#pelari menara
#China
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan