KUALA LUMPUR: Jaguh larian menara, Soh Wai Ching meneruskan pencapaian luar biasa apabila menggungguli cabaran menaiki bangunan Berjaya Times Square setinggi 203 meter (m) dalam kejohanan sulung, Berjaya Times Square Tower Run 2023 di sini hari ini.
Pelari nombor satu dunia itu melakukan larian 47 tingkat melibatkan 1,061 anak tangga dalam masa lima minit enam saat (s) untuk memegang gelaran pertama perlumbaan berprestij itu.
Kejayaan yang diraih berkenaan sekali gus menjadi kemenangan ke-67 tahun ini selepas atlet berusia 28 tahun itu menyertai 100 kejohanan.
Mengulas mengenai perlumbaan hari ini, Wai Ching berkata beliau amat berbangga mampu memahat nama di tanah air meskipun mengakui menghadapi cabaran sukar ketika membuat larian.
"Perlumbaan tadi agak mencabar, sebab saya mulakan larian terlalu laju dan cuba untuk kekal, memang sukar sikit tapi boleh selesaikan larian, lepas sampai jer garisan penamat memang saya terbaring.
"Saya sasar sebenarnya nak bawah lima minit tapi keputusan ini sudah okay, tahun depan saya nak pecah rekod ini," katanya kepada Bernama di sini hari ini.
Tempat kedua dan ketiga menjadi milik pelari Taiwan Ching Chung Lo dan Yu Chieh Yen masing-masing merekodkan larian 5:47s dan 5:57s.
Dalam pada itu, atlet kelahiran Selangor terbabit mengintai untuk mempertahankan kejuaraan ketiga di The Empire State Building Run-Up (ESBRU) di New York 4 Okt depan.
Wai Ching yang sebelum ini menjadi pelari Asia pertama memenangi ESBRU berkata mahu terus mencipta sensasi di kejohanan terbabit dengan memecahkan rekod yang dicipta Paul Crake dari Australia sepantas 9:33s pada 2003.
Beliau yang mencapai kedudukan nombor satu dunia pada Mei 2022, berazam untuk mengekalkan pencapaian tersebut untuk 10 tahun akan datang.
Pada 18 Julai lepas, Wai Ching menerima Anugerah Khas bagi Anugerah Sukan Negara 2022.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Jul 23 2023
Soh Wai Ching (kiri) menjuarai dalam acara Tower Run 2023 kategori lelaki terbuka di Berjaya Times Square hari ini. --fotoBERNAMA
Tumpuan Sabtu – 14 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (13 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
IPT di negara ini sedia sepenuhnya kuasai AI
Institusi pendidikan tinggi (IPT) di negara ini sudah bersedia menguasai bidang kecerdasan buatan (AI) sepenuhnya.
MCMC peruntuk RM13.7 juta baik pulih wifi di tiga IPTA
Sebanyak RM13.7 juta telah diperuntuk bagi meningkatkan akses internet di tiga universiti awam iaitu Universiti Malaya, Universiti Sains Islam Malaysia dan Universiti Malaysia Perlis.
Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata, ia merupakan langkah awal dalam menyelesaikan masalah liputan internet yang telah lama membelenggu institusi pengajian tinggi.
Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata, ia merupakan langkah awal dalam menyelesaikan masalah liputan internet yang telah lama membelenggu institusi pengajian tinggi.
MAHB beri peruntukkan RM1.4 juta untuk bantu mangsa banjir
Menerusi kenyataan media oleh MAHB pada jumaat, setakat ini, usaha bantuan ditumpukan di kawasan sekitar tiga lapangan terbang iaitu Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim di Alor Setar, Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra di Kota Bharu dan Lapangan Terbang Sultan Mahmud di Kuala Terengganu.
Tujuh suspek kes curi kabel, cuba langgar polis ditahan
Tujuh suspek disyaki dalang kes curi kabel di Jalan Lang Hitam, dekat Manjalara, Kepong di sini pada 4 Disember lalu ditahan dalam beberapa siri serbuan sekitar Kuala Lumpur serta Selangor.
Kes Bayi Beku: Polis akan rakam keterangan pihak hospital terlibat
Polis akan memanggil pihak hospital yang terlibat untuk dirakam keterangan berhubung kejadian tular membabitkan jenazah bayi disimpan dalam peti sejuk mayat di Klang baru-baru ini.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 13 Disember 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Mohamed al-Bashir pimpin solat Jumaat pertama selepas kejatuhan Assad
Rakyat Syria berkumpul di Masjid Umayyad, Damaskus untuk menunaikan solat Jumaat pertama selepas kejatuhan kerajaan Bashar al-Assad.
Wai Ching masih "dihantui" kegagalan di Shanghai, sekadar di tempat kedua larian Menara KL 2024
Soh Wai Ching masih belum dapat melupakan kegagalan di Shanghai selepas sekadar menamatkan perlumbaan di tempat kedua pada Cabaran Towerthon Antarabangsa Menara Kuala Lumpur (KL) 2024.
Wai Ching pertahan kejuaraan Larian Menara MBPJ 2024, cipta rekod baharu
Jaguh larian menara negara Soh Wai Ching sukar digugat selepas mempertahankan gelaran kategori lelaki terbuka Larian Menara Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) 2024 di sini, hari ini.
Wai Ching 'hangatkan' Larian Menara Naza
Selepas menawan puncak Menara Taipei 101 baru-baru ini, pelari menara nombor satu dunia Soh Wai Ching mengesahkan penyertaan pada Larian Menara Naza.
Wai Ching muncul juara Kejohanan Larian Menara Dunia di Taipei 101
Atlet berusia 30 tahun itu merangkul kejuaraan itu dengan masa keseluruhan 18 minit dan 36.62 saat.
Wai Ching mahu pertahankan ranking dunia untuk 10 tahun lagi
Wai Ching berazam menyertai lebih banyak kejohanan yang menawarkan kutipan mata tinggi selain berusaha memecahkan rekod.
Wai Ching pertahan juara Scale the Strat 2024
Wai Ching turut memperbaharui rekod yang dicatatnya pada tahun lepas 3 saat lebih pantas berbanding tahun lalu.
Wai Ching berjaya takluk Menara Canton di Guangzhou
Pelari berusia 29 tahun itu menamatkan larian membabitkan 2,738 anak tangga untuk sampai ke puncak menara dalam masa 14 minit 23 saat.
Wai Ching tawan Berjaya Times Square
Pelari nombor satu dunia itu melakukan larian 47 tingkat melibatkan 1,061 anak tangga dalam masa lima minit enam saat (s) untuk memegang gelaran pertama perlumbaan berprestij itu.
Wai Ching di tempat kedua Australia 108 Stair Challenge 2023
Ini adalah kekalahan pertama bagi atlet berusia 29 tahun itu selepas mencatatkan kemenangan 21 kali berturut-turut dalam pertandingan larian menara.
Wai Ching tawan Menara Spinnaker di Portsmouth, UK
Soh Wai Ching meneruskan pencapaian luar biasanya apabila mengungguli cabaran menaiki anak tangga Menara Spinnaker setinggi 170 meter.