IPOH: Desas-desus mengenai masa depan penyerang Perak FC Wan Zack Haikal Wan Noor terjawab apabila pengurusan 'The Bos Gaurus' bersetuju mengekalkan khidmat bekas pemain kebangsaan itu bagi mengharungi saingan Liga Super musim depan.
Ketua Pegawai Eksekutif Perak FC Bobie Farid Shamsudin berkata pemain berusia 32 tahun itu dijangka menandatangani kontrak rasmi selewat-lewatnya pertengahan bulan ini, selepas bersetuju dengan syarat ditetapkan oleh pihak pengurusan.
"Kita berpuas hati dengan prestasi dan sumbangan diberikan oleh Wan Zack Haikal kepada pasukan sepanjang musim ini.
"Kita juga mengharapkan beliau dapat terus mengekalkan prestasi sekali gus menyumbang kepada kejayaan pasukan untuk saingan liga musim depan," katanya ketika dihubungi Bernama, hari ini.
Wan Zack dilaporkan 'dirisik' beberapa pasukan Liga Super namun beliau menegaskan keutamaannya adalah untuk meneruskan khidmat bersama skuad kendalian Yusri Che Lah itu.
Penyerang kelahiran Maran, Pahang itu telah merekodkan 21 penampilan bersama Perak dan berjaya meledak empat gol, selain mencipta gerakan bagi membolehkan rakan sepasukan menjaringkan gol dalam saingan liga musim ini.
Sementara itu, Bobie Farid berkata semua pemain import Perak FC kekal menabur khidmat bersama pasukan berdasarkan kontrak mereka yang berakhir penghujung musim depan.
Mengulas perancangan Perak untuk musim depan, beliau menjelaskan proses pencarian muka baharu bagi memperkuatkan pasukan akan bermula selepas saingan Liga Super melabuhkan tirai pada pertengahan Disember ini.
"Pada masa ini kita tidak mahu terburu-buru mendapatkan pemain baharu lebih-lebih lagi Liga Super masih berbaki tiga perlawanan.
"Cuma, kita boleh beri jaminan ada pemain yang akan dibawa masuk untuk mengukuhkan lagi keberadaan Perak dalam saingan Liga Super. Itu antara sasaran kita untuk musim depan," katanya.
Beliau berkata pihak pengurusan juga berpuas hati dengan pencapaian The Bos Gaurus pada tahun ini dengan menyaksikan Perak FC kekal dalam Liga Super selain berjaya melayakkan diri ke peringkat separuh akhir Piala Malaysia.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Nov 07 2023
Wan Zack dilaporkan 'dirisik' beberapa pasukan Liga Super namun beliau menegaskan keutamaannya adalah untuk meneruskan khidmat bersama skuad kendalian Yusri Che Lah itu. - Gambar fail/BERNAMA
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Disember 2024.
10 Berita Pilihan - (14 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, hari ini.
Checkmate! remaja tewaskan juara bertahan dari China
Seorang remaja berusia 18 tahun dari India, Gukesh Dommaraju dinobatkan juara dunia catur termuda selepas menundukkan lawannya dari China yang juga juara bertahan, Ding Liren. Dommaraju menewaskan Liren dalam satu perlawanan dramatik yang berlansung di Singapura.
Saya dinasihat kekal sebagai MB sehingga akhir penggal - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan.
Wan Zack mahu bantu Selangor rebut kejuaraan musim 2019
Wan Zack merupakan antara pemain baru yang memperkuatkan cabaran Selangor musim depan selepas berhijrah dari Felda United.
Wan Zack sedia hadapi cabaran di Jepun
Wan Zack Haikal mengakui sudah bersedia untuk bermain dengan FC Ryukyu.