awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Wanita maut selepas tersangkut pada lif ski di Jepun
Majlis FIFA tidak merancang undi pemulihan pasukan Rusia - Laporan
Shah Firdaus tidak sertai ACC 2026
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Watson Piala Malaysia 2013: ATM tewas kepada Kelantan

Astro Awani
Astro Awani
19/10/2013
00:54 MYT
Watson Piala Malaysia 2013: ATM tewas kepada Kelantan
Kelantan membawa bekalan selesa ke Kota Bharu dengan merekodkan kemenangan 2-1 ke atas ATM di aksi pertama pusingan separuh akhir.
Jaringan kemenangan Red Warriors dihasilkan tonggak hadapannya, Norfarhan Mohamad.
Pertemuan yang berlangsung di stadium MPS ini memperlihatkan aksi pantas yang dipamer kedua-dua pasukan.
Namun kemantapan serangan jentera hadapan Red Warriors membolehkan pasukan itu mendahului seawal minit ke-15.
Berpunca percubaan Norfarhan, kapten pasukan, Bahdri Radzi tenang melakukan tindakan susulan dengan melepaskan satu rembatan deras dari dari luar kotak penalti.
ATM yang ketinggalan bagaimanapun tidak menunggu lama untuk bangkit meraih jaringan penyamaan menerusi rembatan D . Christie Jayaseelan.
Permainan selepas itu berlangsung lebih seimbang sambil tiada pertambahan jaringan dihasilkan hingga tamat babak pertama.
Bersambung selepas rehat, Kelantan sekali lagi mempamer penguasaan.
Seringkali melakukan asakan ke gawang ATM, usaha Red Warriors akhirnya membuahkan hasil.
Kali ini gerakan cemerlang dilakukan Norfarhan pada minit ke-81 disudahi dengan rembatan ke gawang skuad Gladiators.
ATM cuba bangkit mencari gol penyamaan, namun beberapa serangan yang dilancarkan gagal menembuhi kekebalan benteng Kelantan.
Kedudukan ATM 1, Kelantan 2 kekal hingga ke wisel penamat.
Topic Berkaitan
#ATM
#bola sepak
#Kelantan
#Red Warriors
#Watson Piala Malaysia 2013
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan