Perenang kebangsaan, Welson Sim teruja berjaya memperbaharui rekod kebangsaan bagi acara 200m gaya bebas lelaki pada hari ketiga Kejohanan Renang Terbuka Malaysia yang berlangsung di Pusat Akuatik Hang Jebat hari ini.
Perenang yang mewakili negeri Sarawak itu menamatkan perlumbaan dengan catatan masa 1:48.50s mengatasi rekod kebangsaan 1:47.67s yang dicipta olehnya sebelum ini di kejohanan yang sama pada tahun lepas.
Pingat perak bagi acara tersebut menjadi milik rakan sepasukan Daniel William Henry Bego dengan catatan masa 1:53.61s mengatasi perenang dari Selangor Yeap Zheng Yang dengan catatan masa 1:53.82s.
Welson berkata beliau gembira dengan kejayaan ini kerana ia adalah satu petanda positif bagi dirinya untuk menghadapi saingan sebenar temasya Sukan SEA Kuala Lumpur yang dijadualkan berlangsung pada Ogos depan.
"Saya puas hati dengan kejayaan hari ini namun tidak meletakkan diri dalam zon selesa dan akan terus berlatih dengan bersungguh-sungguh sehingga hari perlawanan nanti," katanya.
Katanya, beliau turut gembira apabila rakan sepasukannya Daniel William Henry Bego turut bangkit hari ini selepas baru pulih sepenuhnya dari kecederaan sebelum ini.
"Saya gembira dengan kebangkitan ''Bego'' (Daniel William Henry Bego) dan berharap beliau mampu bangkit kembali," katanya.
Sementara itu perenang muda dari Selangor, Asmalia Filzati Redzuan, 18, memasang impian buat kali pertama mewakili negara dalam Sukan SEA Kuala Lumpur nanti.
"Saya harap akan terpilih untuk mewakili negara dan akan melakukan persembahan yang terbaik nanti," katanya.
Asmalia kini berada dalam skuad pelapis negara berkata adalah menjadi impiannya sejak dahulu untuk mewakili negara walaupun masih dianggap sebagai junior.
-- BERNAMA
Bernama
Sat May 06 2017
Welson menamatkan perlumbaan dengan catatan masa 1:48.50s mengatasi rekod kebangsaan 1:47.67s yang dicipta olehnya sebelum ini. - Gambar fail
BNM umum penyelesaian kenaikan kadar premium insurans perubatan tidak lama lagi - Fahmi
Bank pusat itu masih memerlukan sedikit masa sebelum membuat pengumuman.
Raja Charles III lawat mercu tanda ikonik Battersea Power Station
Raja Charles III meluangkan masa melawat Battersea Power Station, lokasi ikonik di tebing Sungai Thames, pada Khamis untuk menyaksikan pelbagai aktiviti sempena musim perayaan dan bertemu pemilik perniagaan kecil serta komuniti setempat.
Jualan kenderaan hibrid elektrik dan plug-in sepenuhnya meningkat
Jualan global bagi kenderaan jenis hibrid elektrik dan plug-in sepenuhnya meningkat untuk bulan ketujuh berturut-turut pada bulan November.
Polis tahan Papagomo berkaitan kes tipu kutipan dana
Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain ketika dihubungi mengesahkan penahanan itu untuk siasatan di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan berkaitan kes tipu.
Kanada akan bertindak sekiranya Trump teruskan ancaman tarif
Kanada berupaya memotong bekalan tenaga ke beberapa bahagian di Amerika Syarikat jika Presiden Terpilih Donald Trump meneruskan ancaman mengenakan tarif ke atas Kanada.
Sidang kerja ekonomi pusat China atur pelan kerja 2025
Presiden China Xi Jinping dalam ucapannya pada sidang itu merumuskan kerja ekonomi China sepanjang 2024, di samping menganalisis situasi ekonomi semasa, selain mengaturkan kerja ekonomi pada 2025.
Gaji penengah Malaysia belum cukup tangani cabaran kos sara hidup
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Strategic Counsel, Hafidzi Razali, walaupun gaji penengah rakyat, RM2,700 kelihatan memadai di atas kertas, tetapi hakikatnya, lebih separuh rakyat Malaysia bergelut dengan bebanan hidup dan sukar mencapai kualiti asas hidup yang baik. Katanya, masalah ini perlu diatasi secara menyeluruh untuk memastikan rakyat benar-benar merasai manfaat pembangunan negara.
Prospek neutral pada 2025 - Fitch Ratings
Fitch Ratings berpandangan neutral terhadap sektor korporat Asia Pasifik (APAC) pada 2025, mencerminkan kekuatan lembaran imbangan mereka dan prospek pertumbuhan stabil dan sebahagian besarnya mengimbangi turun naik dan ketidaktentuan global terhadap pembangunan ekonomi dan geopolitik.
Pemulihan sektor pelancongan, permintaan pengguna dijangka meningkat
Permintaan pengguna dijangka akan meningkat pada tahun hadapan susulan pemulihan sektor pelancongan.
Keuntungan industri penerbangan global dijangka terus kukuh pada 2025
Industri penerbangan global diunjur memperkukuh keuntungan pada 2025 dengan keuntungan bersih 36.6 bilion Dolar Amerika atau RM161.8 bilion.
Tiada kebenaran rentas daerah, lelaki nekad berenang rentas Selat Pulau Pinang
Lelaki itu bagaimanapun kemudiannya berpatah balik menghala ke jeti kerana keletihan sebelum diselamatkan petugas Penang Port Sdn Bhd.
Ikan emas 'kelainan upaya' dapat jaket keselamatan bantunya berenang
Ikan emas malang ini yang disahkan mengalami gangguan pundi kencing, sekaligus mempengaruhi daya apungannya.
Tenang, jangan panik hadapi dugaan - Azizulhasni
Pemenang pingat gangsa acara keirin di Sukan Olimpik 2016 di Rio de Janeiro itu mengaitkan dengan kehidupan yang diibaratkan sebagai sebuah lautan dunia.
Bot tunda karam: Mangsa berenang tujuh jam, 3 masih hilang
Dia berenang selama lebih tujuh jam untuk sebelum ternampak tongkang yang sebelum itu ditunda oleh bot mereka yang dihanyutkan ombak.
Bot karam: 4 nelayan berenang redah ombak besar lebih 12 jam
Seorang lagi awak-awak, Ashaari Leh, yang berusia 40-an, masih hilang dengan gerakan mencari dan menyelamat (SAR) masih dijalankan.
Lelaki maut diserang badak air peliharaan
Els dilapor pernah berkata Humprey ibarat anaknya sendiri.
Lebih 20 murid hampir lemas, bot bawa kanak-kanak sekolah karam
Menurut seorang mangsa, Siti Nurashurah Alin Zurani, dia duduk di bahagian depan bot dan tiba-tiba bot mereka dimasuki air lalu tenggelam.
24 PATI etnik Rohingya dikhuatiri lemas di perairan Langkawi
Seramai 24 orang pendatang asing tanpa izin (PATI) etnik Rohingya dikhuatiri lemas di perairan barat Pulau Langkawi, malam Sabtu.
Warga emas maut selepas berenang di Teluk Batik
Miskam Kadar, 66, dari Ipoh, meninggal dunia selepas rebah dan tidak sedarkan diri kira-kira pukul 7.17 malam di lokasi kejadian.
Lelaki warga Brunei dikhuatiri lemas dalam sungai di Limbang
Hasil siasatan mendapati mangsa dipercayai telah berenang secara bersendirian dari arah tebing bahagian negara Brunei untuk menyeberang ke tebing bahagian Limbang.