awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Bursa Malaysia teruskan peningkatan dipacu belian saham murah
200 veteran ATM dijangka sertai AKPS bermula suku pertama tahun ini
Vietnam dakwa tiga individu berkaitan perdagangan haram 8.4 bilion akaun e-mel curi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Wilayah Persekutuan & Ken Barnes anjur kejohanan bola sepak jarak sosial

Ian Johan Ariff
Ian Johan Ariff
09/10/2020
22:55 MYT
Wilayah Persekutuan & Ken Barnes anjur kejohanan bola sepak jarak sosial
Kejohanan Bola Sepak Jarak Sosial FOOTY akan diadakan di sekitar kawasan Parlimen Wilayah Persekutuan. -Astro AWANI
PENINGKATAN kes COVID-19 di Malaysia amat membimbangkan pemain bola sepak amatur apabila SOP yang dipraktikkan tidak seketat liga profesional.
Bagi memastikan bola sepak dapat diteruskan dengan selamat, Ken Barnes Football Malaysia (KFBM) bersama Kementerian Wilayah Persekutuan memperkenalkan perlawanan bola sepak jarak sosial yang pertama di negara ini.
Pelancaran konsep baharu bola sepak itu diadakan baru-baru ini di Kem Wadieburn Kuala Lumpur dalam usaha mempromosi bola sepak yang lebih selamat untuk dimainkan dalam era norma baharu ini.
Pelancaran itu dirasmikan Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Dr Santhara Kumar sebagai pengenalan dan permulaan kejohanan bola sepak jarak sosial yang pertama di kawasan Parlimen Wilayah Persekutuan, The Footy Football Championship.
Bagi menjayakan kejohanan ini, pihak kementerian membangunkan gelanggang khas untuk perlawanan bola sepak jarak sosial di daerah masing-masing.
Salah satu rakan kongsi KFBM adalah Kedutaan Besar British Malaysia yang berhasrat untuk mendorong dan membangunkan pemain remaja untuk bermain secara profesional di peringkat antarabangsa berharap remaja dapat terus bermain bola sepak dengan selamat dalam komuniti mereka menerusi konsep baharu bola sepak ini.
KFBM ditubuhkan pada 1999 mempunyai hubungan baik dengan Premier League dan kelab-kelab bola sepak di England dalam usaha membangunkan bola sepak akar umbi di negara ini.
KFBM pernah menghantar bakat muda bola sepak dari Malaysia untuk berlatih di akademi bola sepak Manchester United, Birmingham City, Wigan Athletic dan Macclesfield Town.
Topic Berkaitan
#bola sepak jarak sosial
#KFBM
#Kedutaan Besar British
#Ken Barnes Football Malaysia
#Kementerian Wilayah Persekutuan
#Kem Wadieburn
#Santhara Kumar
#The Footy Football Championship
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan