awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
21 buah rumah terkesan banjir kilat di Simpang Pulai
‘Picasso’ bola sepak, John Robertson meninggal dunia pada usia 72 tahun
Zelenskyy puji ‘idea baharu’ selepas rundingan damai dengan wakil AS
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Wimbledon 2021: Djokovic benam Berrettini, raih trofi Grand Slam ke-20

Syafik Shukri Jalil
Syafik Shukri Jalil
11/07/2021
16:37 MYT
Wimbledon 2021: Djokovic benam Berrettini, raih trofi Grand Slam ke-20
Novak Djokovic berjaya mempertahankan kejuaraan Wimbledon untuk tiga tahun berturut-turut. - Foto REUTERS/Paul Childs
MENEPATI ramalan, Novak Djokovic berjaya mempertahankan kejuaraan Wimbledon untuk tiga tahun berturut-turut selepas berjaya membenamkan jaguh Itali, Matteo Barretini di pusingan akhir sebentar tadi.
Menerusi aksi di Center Court, bintang tenis sensasi dari Serbia yang juga pemain nombor satu dunia ini turut berjaya menyamakan kedudukan dengan Roger Federer (Switzerland) dan Rafael Nadal (Sepanyol) dengan kemenangan 20 trofi grand slam.
Bagaimanapun Djokovic terlebih dahulu tewas di set pertama dengan 7-6 (7-4).
Namun itu tidak mematikan rentaknya untuk terus bangkit dan mendominasi aksi di set seterusnya dengan kemenangan 6-4, 6-4 dan 6-3.
Kemenangan ini juga merupakan kejuaraan keenam miliknya di gelanggang rumput di All England Lawn Tennis and Croquet Club.
Untuk tahun ini, Djokovic telah berjaya merangkul trofi perseorangan lelaki bagi Terbuka Australia, Terbuka Perancis (Roland Garros) dan Wimbledon.
Dia kini hanya perlu meraih kemenangan di Terbuka Amerika Syarikat yang bakal berlangsung pada penghujung Ogos ini untuk meraih Calendar Year Grand Slam.
Setakat ini hanya lima jaguh tenis yang berjaya mencatat keempat-empat kemenangan di arena grand slam pada tahun yang sama.
Antaranya Don Budge (1938), Rod Laver (1962,1969), Maureen Connolly (1953), Margaret Court (1970) dan Steffi Graf (1988).
Pada 1988, Graf turut berjaya merangkul pingat emas temasya Olimpik menewaskan Gabriela Sabatini dari Argentina, sekali gus meletakkan dirinya sebagai satu-satunya jaguh tenis yang memperoleh Golden Slam setakat ini.
Sementara bagi Berrettini, aksi di gelanggang akhir Wimbledon itu merupakan penampilan sulongnya di pentas akhir grand slam sekali gus menjadikannya sebagai jaguh tenis pertama dari Itali yang berjaya mara ke pusingan akhir kejohanan tersebut.
Topic Berkaitan
#Novak Djokovic
#Wimbledon
#Matteo Barretini
#Grand Slam
#tenis
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan