PENYERTAAN Momo Khan, 13, dan Mahathir Nor Daniel, 14, di Kejohanan Dunia Street, Jelajah Papan Selaju Dunia (WST) Tokyo 2023 mendapat sokongan pengurus pasukan luar negara dan penganjur sukan antarabangsa.
Bagi mereka, penyertaan pada usia yang muda membolehkan atlet itu bersedia untuk menghadapi cabaran di masa hadapan, terutama sekali misi untuk layak ke Olimpik Los Angeles 2028.
Perkara sama dilakukan kontinjen Thailand yang turut membariskan atlet remaja untuk menyertai kejohanan dunia di Tokyo baru-baru ini.
Pasukan Thailand yang dikepalai pengurus pasukan, Kenny Reed dari Amerika Syarikat turut membariskan atlet muda dalam pasukan mereka.
“Saya rasa pasukan Malaysia perlu menghantar generasi muda untuk bersaing dalam acara-acara ini (kejohanan dunia) untuk memberi mereka pengalaman dan membuat mereka selesa bermain papan selaju bersama-sama skater antarabangsa dan di hadapan penonton yang ramai.
“Mereka akan mendapatkan lebih banyak pengalaman dan menjadi lebih selesa dengan lebih banyak penyertaan dan saya percaya adalah penting untuk bermula ketika mereka masih muda,” kata Reed.
Reed merupakan seorang bekas pemain papan selaju profesional dari Amerika Syarikat.
Pengurus pasukan Filipina, Anthony Clavarall, pada mulanya meragui kemampuan atlet muda di pentas dunia.
Namun, pandangan Clavarall berubah apabila melihat kemampuan beberapa atlet remaja di Olimpik Tokyo 2020 dan di kejohanan yang lain.
“Sebelum ini saya berpendapat penyertaan atlet remaja tidak sesuai dalam kejohanan antarabangsa seperti ini tetapi sekarang ia sudah membangun seperti sukan yang lain.
“Individu yang mempunyai bakat semula jadi dan mampu beraksi seperti atlet yang terbaik yang lain akan menyerlah dan mampu bermain pada tahap tertinggi.
“Mereka yang benar-benar berbakat dan mendapat sokongan yang betul akan menyerlah dan membangun dengan cepat pada usia yang sangat muda," katanya.
Pengasas Millennial, Haas Aminian yang memasarkan dan menganjur kejohanan sukan lasak antarabangsa di rantau ini juga bersetuju dengan program pendedahan awal yang dibuat kontinjen Malaysia.
“Saya gembira melihat Malaysia menghantar wakil dalam acara antarabangsa kerana bagi saya ini memberi peluang kepada atlet remaja untuk melihat gelanggang, keadaan tempat dan acara ini.
“Mereka juga mendapat pengalaman dan mengetahui standard yang diperlukan dalam sukan antarabangsa dan berpeluang mengalami apa yang dimaksudkan dengan permainan papan selaju yang progresif," kata Aminian.
Malaysia diwakili Momo dari Kajang Selangor dan Mahathir dari Johor Bahru, Johor, kedua-dua masih muda namun berjaya memenangi banyak kejohanan tempatan bersaing dengan pemain jauh lebih tua daripada mereka.
Penyertaan mereka menyaksikan Malaysia mempunyai dua atlet dalam ranking untuk kelayakan Olimpik Paris 2024, namun ia bukan sasaran utama the Razkals yang mahu membangunkan kedua-dua atlet ini untuk Los Angeles 2028.
Berbeza dengan sukan lain, Aminian percaya keunikan papan selaju dengan budaya yang dibawanya dapat memajukan kerjaya seseorang atlet dengan cara yang berbeza dan ia amat penting untuk mereka melihat dan melakukannya dalam konteks antarabangsa.
“Satu perkara yang membuatkan sukan papan selaju unik adalah konsep melancong dan budaya serta tiang-tiang (pillars) lain dalam sukan itu.
“Apabila mereka ke luar negara dan bersaing di peringkat antarabangsa dengan skater dari negara-negara lain, ia membantu membina ikatan, membina jambatan, dan hubungan melalui komuniti,” jelas Aminian.
Atet-atlet muda yang melihat kejayaan rakan sebaya yang lain berjaya dalam sesuatu kejohanan juga dapat membantu membina keyakinan bahawa mereka mampu melakukan perkara yang sama satu hari nanti.
Kejohanan Dunia Street Papan Selaju Tokyo 2023 merupakan salah satu jelajah dunia sukan papan selaju untuk mengutip mata ranking ke temasya Olimpik.
Ian Johan Ariff
Thu Dec 21 2023
Barisan kontinjen Malaysia yang pertama menyertai kelayakan Olimpik. Dari kiri Momo Khan, Mariss Khan, Mahathir Nor Daniel dan Shahrizul Ikwan. - Foto/ Ian Johan Ariff
Apple Intelligence diaktifkan ke beberapa lagi negara tetapi tidak di Malaysia
Apple Intelligence boleh digunakan pada peranti tertentu seperti iPhone 15 Pro, iPhone 15 Pro Max, siri iPhone 16, Mac dengan cip Apple M, iPad dengan cip Apple M, dan iPad Mini dengan cip A17 Pro.
RUU Ombudsman Malaysia jangka dibentang tahun depan
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), M. Kula Segaran berkata pada masa ini, beberapa sesi bengkel cadangan dasar penubuhan Ombudsman telah diadakan dengan pihak-pihak berkepentingan, agensi kerajaan serta badan bukan kerajaan.
Kertas siasatan SD sokong Muhyiddin jadi PM dirujuk AGC
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail dalam kenyataan bertulis di Parlimen berkata, AGC kemudiannya telah menyerahkannya kembali kepada pihak polis bagi siasatan lanjut.
KWSP lancar Panduan Belanjawanku 2024/2025 dan rangka kerja RIA
Panduan dan rangka kerja ini bertujuan menyediakan panduan komprehensif untuk perbelanjaan bulanan serta mengemaskini tahap simpanan.
AWANI Ringkas: Peguan Negara tarik semula rayuan terhadap pembebasan Zahid Hamidi
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
4.1 juta pencarum miliki amaun permulaan, RM14.6 bilion dipindah kepada Akaun Fleksibel KWSP - Amir Hamzah
Sejumlah RM6.6 bilion simpanan pula telah dipindahkan ke Akaun Persaraan.
Usaha kerajaan dalam mempertingkatkan lagi EIA untuk lebih berkesan
Menurut Menteri NRES, Nik Nazmi, antara penambahbaikan kerajaan untuk penilaian kesan kepada alam sekeliling (EIA) untuk lebih efektif, memperkukuh keperluan perundangan berkaitan EIA dan tadbir urus dalam penilaian laporan EIA, memperkasa prosedur penilaian EIA, pendigitalan EIA, pengukuhan libat urus awam dan pemantapan penguatkuasaan EIA.
Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews #SisiTvParlimen #DewanRakyat
Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews #SisiTvParlimen #DewanRakyat
Perancis umum pengunduran tenteranya dari Chad
Perancis memulakan pengunduran tenteranya dari Chad dengan perlepasan dua pesawat perang yang berpangkalan di ibu negaranya N'Djamena.
Menurut tentera Perancis, tindakan itu dilakukan dua minggu selepas Chad menamatkan pakatan kerjasama pertahanannya dengan Paris.
Menurut tentera Perancis, tindakan itu dilakukan dua minggu selepas Chad menamatkan pakatan kerjasama pertahanannya dengan Paris.
Perhimpunan Agung PBB tuntut gencatan senjata segera dan tanpa syarat di Gaza
Resolusi yang turut menekankan keperluan akses kemanusiaan segera, diluluskan dengan sokongan 158 undi, sembilan undi menentang dan 13 berkecuali.
Banjir: Kos keseluruhan baiki jalan rosak dianggarkan RM312.1 juta setakat semalam - Nanta
Ia merangkumi RM247 juta bagi menyelenggara jalan Persekutuan, RM40.3 juta untuk pembaikan cerun jalan Persekutuan, manakala jalan negeri melibatkan kos RM24.8 juta.
WST Tokyo 2023: Lima perkara dipelajari pasukan The Razkals dari Malaysia
Perjalanan Malaysia untuk menjadi antara yang terbaik dalam sukan papan selaju masih jauh, namun terdapat sinar jika usaha diteruskan.
WST Tokyo 2023: Penyertaan atlet muda negara di kejohanan dunia dapat sokongan antarabangsa
Pendedahan awal perlu untuk mengejar tahap permainan gergasi dunia papan selaju.