awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Benzema sah sertai Al‑Hilal selepas tinggalkan Al‑Ittihad
Beberapa sekolah di Minneapolis ditutup susulan ancaman bom palsu
Trump umum potongan tarif ke atas India selepas Modi setuju berhenti beli minyak dari Rusia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Xhaka wira kebangkitan Arsenal

Astro Arena
Astro Arena
25/01/2018
00:53 MYT
Xhaka wira kebangkitan Arsenal
Granit Xhaka (kiri) menjaringkan gol kemenangan pada babak kedua selepas gol sendiri Antonio Rudiger sendiri membatalkan jaringan pembukaan Eden Hazard. Foto Astro ARENA
ARSENAL 2 CHELSEA 1
Arsene Wenger percaya Arsenal kini sudah dan boleh kembali menumpukan perhatian selepas perpindahan Alexis Sanchez ke Manchester United.
Masa depan Sanchez menjadi topik hangat buat sekian lama yang menyaksikan pemain Chile itu enggan menandatangani kontrak baru sehingga menarik minat Manchester United dan City.
Susulan daripada keputusan masa depan Sanchez itu, Wenger percaya faktor itu akan membantu pasukannya yang mengatasi Chelsea 2-1 dalam pertemuan kedua separuh akhir Piala Liga Inggeris (EFL) awal pagi tadi, sekali gus menempah pertemuan dengan City di Stadium Wembley, bulan depan.
Bercakap kepada Sky Sports selepas perlawanan, Wenger berkata: "Ketidakpastian telah berlalu.
"Kami kehilangan pemain yang hebat. Apabila pemain tidak pasti apa yang berlaku di sekeliling mereka, mereka akan kurang fokus ketika beraksi.
"Kini, kami sudah menyelesaikan urusan itu dan bolehlah kami mengalihkan tumpuan kepada perkara lain pula."
Granit Xhaka menjaringkan gol kemenangan pada babak kedua selepas gol sendiri Antonio Rudiger sendiri membatalkan jaringan pembukaan Eden Hazard.
Begitupun, Wenger tidak begitu tertarik dengan persembahan babak pertama oleh anak buahnya dengan menggelar mereka penakut.
"Kami terlalu menghormati mereka," katanya. "Kami mungkin terlalu takut untuk melakukannya.
"Kami bergelut kerana kami tidak berada dalam kedudukan yang tepat ketika di atas padang pada babak pertama, kami membetulkannya dan menguasai permainan pada babak kedua.
"Pada separuh pertama, mereka memberi tekanan kepada kami namun pada babak seterusnya, aksi kami semakin sengit. Bahagian tengah kami mula menguasai permainan."
Jack Wilshere juga kritikal terhadap penampilan Arsenal sebelum rehat lalu mencadangkan mereka mengatasi kelemahan mereka itu.
"Ia pelik," katanya. "Saya fikir mungkin kami mula mendapat rentak selepas 20, 25 minit pertama.
"Mereka mengancam kami melalui bahagian tengah tetapi kami kembali bersaing. Kami menunjukkan karakter dan merupakan pasukan yang lebih baik pada babak kedua."
Topic Berkaitan
#Alexis Sanchez
#Arsenal
#Arsene Wenger
#Chelsea
#EFL
#Granit Xhaka
#Jack Wilshere
#kontrak baru
#Manchester United
#penakut
#perpindahan
#Piala Liga Inggeris
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan