awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
57 mangsa tanah runtuh di Bandung Barat dikenal pasti, operasi SAR diteruskan
Pembaikan cerun di Jalan Lojing-Gua Musang dijangka bermula Mac - Nanta
Laura Fernández menang besar pilihan raya Costa Rica, bakal presiden wanita kedua negara
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Yiwen umum bersara selepas 10 tahun wakili negara

Bernama
Bernama
05/08/2024
11:49 MYT
Yiwen umum bersara selepas 10 tahun wakili negara
Pemain skuasy wanita negara Chan Yiwen mengambil keputusan untuk meninggalkan skuad kebangsaan semalam selepas 10 tahun mengharumkan nama negara dalam sukan itu. - Gambar fail/BERNAMA
KUALA LUMPUR: Pemain skuasy wanita negara Chan Yiwen mengambil keputusan untuk meninggalkan skuad kebangsaan semalam selepas 10 tahun mengharumkan nama negara dalam sukan itu.
Menurut kenyataan Persatuan Raket Skuasy Malaysia (SRAM) hari ini, Yiwen menjelaskan bahawa beliau terpaksa membuat keputusan tersebut demi menerokai alam pekerjaan.
"Meninggalkan dunia skuasy kompetitif bukanlah keputusan yang mudah. Namun, saya mempunyai peluang yang baik di hadapan dan akan mula bekerja tidak lama lagi.
"Pada usia 24 tahun selepas baru sahaja menamatkan pengajian sarjana, saya mula mempertimbangkan sama ada untuk meneruskan sukan atau beralih ke dunia korporat. Jika saya menyertai sektor korporat pada usia 28 atau 29 tahun, ia akan lebih mencabar untuk memulakan kerjaya," katanya.
Sepanjang kariernya sebagai pemain kebangsaan, pemain krlahiran Kedah itu telah memenangi beberapa kejuaraan termasuk Klasik Antarabangsa Chongqing, Terbuka Melbourne, Terbuka North Coast dan yang terbaru Piala Cabaran Hong Kong PSA (Persatuan Skuasy Profesional), Februari lalu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Chan Yiwen
#umum bersara
#pemain skuasy wanita negara
#SRAM
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan