awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
EFL: Arsenal tempah tiket ke final, misi raih piala pertama musim ini
Usaha mantapkan semula perseorangan lelaki perlu mula sekarang - Kay Bin
PM Lubnan ikrar kekalkan negara daripada terlibat perang baharu
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Yusri dilantik ketua jurulatih The Red Warriors

Bernama
Bernama
20/11/2018
07:49 MYT
Yusri dilantik ketua jurulatih The Red Warriors
Yusri bersetuju untuk menyambung kontrak setahun lagi sehingga 2019 bersama pasukan The Red Warriors. - Facebook @TRWFC
Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) secara rasmi melantik Yusri Che Lah sebagai ketua jurulatih The Red Warriors bagi menghadapi saingan Liga Malaysia (Liga-M) musim depan.
Presidennya Bibi Ramjani Ilias Khan berkata keputusan tersebut diambil selepas mengadakan perbincangan dengan jurulatih kelahiran Perlis itu pada 12 November lepas.
"Yusri bersetuju untuk menyambung kontrak setahun lagi sehingga 2019 bersama pasukan The Red Warriors yang mana pada musim ini dia dipertanggungjawab mengendalikan pasukan sebagai pemangku jurulatih.
"Ia satu keputusan positif (kepada pasukan) memandangkan kita mempunyai Petunjuk Prestasi Utama (KPI) untuk kembali ke Liga Super musim 2020," katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.
Musim ini, Yusri Che Lah diberikan kepercayaan mengemudi TRW sebagai pemangku jurulatih sebanyak dua kali selepas KAFA memecat jurulatih dari Thailand, Sathit Bensoh pada awal musim dan peletakan jawatan jurulatih dari Syria, Fajr Ibrahim pada pertengahan musim ini.
Bibi Ramjani berkata pelantikan Yusri sebagai Ketua Jurulatih The Red Warriors berkuatkuasa secara rasmi bermula hari ini.
"Beliau akan diberi tanggungjawab untuk memenuhi KPI yang ditetapkan dan kami menyerahkan sepenuhnya mandat kepada Yusri bagi menentukan pemain tempatan dan import yang bakal menggalas cabaran dalam saingan Liga Premier musim depan.
"Kami harap dengan pengalaman yang dimiliki Yusri akan dapat membina semula pasukan Kelantan sekaligus membawa kejayaan kepada pasukan musim depan," katanya.
Untuk rekod, pencapaian terbaik Yusri pada musim ini termasuklah berjaya membawa pasukan Kelantan layak beraksi ke peringkat suku akhir Piala Malaysia.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Bibi Ramjani Ilias Khan
#KAFA
#ketua jurulatih
#Persatuan Bola Sepak Kelantan
#The Red Warriors
#Yusri Che Lah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan