BEKAS kapten Harimau Malaya, Zaquan Adha Abdul Radzak mengucapkan selamat tinggal kepada arena bola sepak negara selepas hampir dua dekad menabur bakti dalam Liga Malaysia.
Bagaimanapun, ia bukanlah pengakhiran yang diidamkan penyerang berusia 37 tahun itu memandangkan dia hanya diutuskan sekeping surat memaklumkan kontraknya bersama Negeri Sembilan tidak dilanjutkan.
Dalam satu temu bual penuh beremosi bersama wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam, Zaquan Adha, dengan penuh kehibaan, berkata: "Inilah lumrah sebagai pemain bola sepak. Pasukan Negeri Sembilan sebenarnya sudah berlatih hampir seminggu tetapi saya tidak dapat apa-apa makluman daripada pihak pengurusan sebelum ini.
"Malam Ramadan pertama, saya hanya menerima sekeping surat, kontrak saya tidak disambung.
"Saya reda, mungkin rezeki saya sampai di sini. Apabila sudah di penghujung baru dapat surat, perancangan saya jadi terjejas. Kerana mana lagi pasukan saya mahu pergi, saya mahu cari?
"Saya rasa, saya terima dengan hati terbuka bahawa rezeki saya setakat di sini bersama dengan NSFC."
Ditanya mengenai perancangannya selepas ini, bekas kapten skuad Jang itu berkata: "Sebenarnya, sekembalinya saya bersama pasukan Negeri Sembilan - lahirnya saya sebagai pemain bola sepak adalah bersama Negeri Sembilan, jadi seboleh-bolehnya saya mahu mengakhiri karier bola sepak saya juga bersama pasukan Negeri Sembilan.
"Secara tidak langsung, saya mahu terus bekhidmat dalam kejurulatihan - itulah perancangan asalnya.
"Tetapi, seperti yang saya cakap tadi, rezeki saya sampai di sini dan apabila jadi seperti ini, saya rasa saya tidak akan ke mana-mana, saya rasa saya akan bersara dan tidak akan sertai pasukan lain untuk bermain.
"Kerana dunia saya bola sepak. Apabila terjadi macam ini, saya rasa ini pengakhiran saya sebagai pemain profesional bola sepak. Mungkin saya bersaralah." - Stadium Astro
Astro Arena
Thu Mar 14 2024
Zaquan Adha sebak ketika mengucapkan selamat tinggal kepada arena bola sepak negara selepas hampir dua dekad menabur bakti dalam Liga Malaysia.
ERL, DK SCHWEIZER umum kerjasama sedia kerusi kulit premium untuk VIP KLIA Ekspres
Kerjasama itu merupakan pencapaian penting bagi kedua-dua syarikat dengan memanfaatkan kelebihan masing-masing.
Pendapatan lebih RM1 bilion, Ronaldo kekal atlet terkaya dunia - Forbes
Pemain berusia 39 tahun itu memperoleh pendapatan AS$260 juta (RM1.22 bilion) - meningkat daripada AS$136 juta (RM637 juta) - sejak 12 bulan lalu.
LKM sasar 10,000 hektar tanaman koko dalam lima tahun
LKM menggalakkan lebih ramai pemilik ladang kecil termasuk petani mengusahakan tanaman koko bagi mencapai sasaran keluasan tanaman komoditi itu.
Gunung berapi Ile Lewotolok Indonesia meletus, paksa Wings Air batal pendaratan
Sebuah pesawat Wings Air di laluan Kupang-Wunopito Lembata dengan 40 penumpang sepatutnya mendarat di lapangan terbang pada jam 11 pagi.
Jalan rosak di Johor berbaki 979 daripada 2,642 lokasi dikenal pasti
Sebanyak 1,075 kawasan jalan rosak telah dibaiki tahun lepas dan 588 lokasi lagi akan dibuat sepanjang tahun ini.
Imigresen Kelantan dakwa 15 pendatang di Mahkamah Sesyen Khas
Kesemua pendatang yang berusia antara 19 hingga 48 tahun itu ditangkap dalam Op Kutip sekitar Kota Bharu dan Bachok pada 3 Mei.
Semakan lengkap industri pertengahan kewangan sedang dijalankan - BNM
Kajian semula yang lebih menyeluruh terhadap industri pengantara kewangan sedang dijalankan, kata Penolong Gabenor Bank Negara Malaysia.
Piala FA 2024: Laluan mudah buat juara bertahan JDT
Melalui undian, JDT dilihat meraih lawan mudah dengan mengetuai 12 lagi pasukan Liga Super serta tiga pasukan daripada Liga A1 Semi Pro.
Dua wanita cedera, kereta terbalik dalam longkang di Lebuhraya WCE
Empat mangsa dalam kereta itu merupakan dua wanita dewasa, seorang lelaki dewasa dan seorang kanak-kanak perempuan.
Menteri China, Liu Jianchao bertemu pegawai kanan PKR diketuai Nurul Izzah
Malaysia sangat mementingkan hubungan dengan China dan pencapaian luar biasa China dalam pembangunan ekonomi dan sosial amat mengagumkan.
Zaquan Adha umum bersara dengan linangan air mata
"Saya rasa ini pengakhiran saya sebagai pemain profesional bola sepak."