awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PASFA bayar dividen RM1.508 juta kepada 750 peserta tahun ini - Wan Rosdy
MEF sambut baik gesaan kerajaan ke arah ekosistem perniagaan yang lebih kukuh
KBS, JPM Hal Ehwal Agama komited perkukuh pembangunan belia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Zidane: Madrid mahu menangi Piala Dunia Kelab

Astro Arena
Astro Arena
12/12/2017
02:31 MYT
Zidane: Madrid mahu menangi Piala Dunia Kelab
ZIDANE: Selepas ini kami akan mempunyai enam bulan untuk berjuang dalam La Liga dan Liga Juara-Juara. - Gambar fail
ZINEDINE Zidane berkata Real Madrid mahu menambah koleksi trofi Piala Dunia Kelab sebelum berjuang untuk mengekalkan kejuaraan La Liga dan mahkota Liga Juara-Juara Eropah.
Juara dua kali itu akan bertemu dengan Al Jazira dalam separuh akhir di Stadium Bandar Sukan Zayed di Abu Dhabi, Khamis ini.
Madrid berminat bagi mendapatkan gelaran ketiga musim ini setelah meraih Piala Super UEFA dan Supercopa de Espana.
"Ia tidak akan mudah dan tahun lepas kami berdepan banyak masalah sebelum kami berjaya memenanginya," kata Zidane.
"Tidak akan ada perlawanan senang. Kami mempunyai masa untuk bersiap sedia bagi perlawanan itu dan ia tiada alasan.
"Ini adalah kalendar pertandingan dan sesiapa yang kami hadapi, kami perlu melihat apa yang kami perlu lakukan.
"Jatuh naik adalah perkara biasa tetapi apa yang kami lakukan setakat ini sangat positif. Kami sudah memenangi dua gelaran dan kami cuba memenangi untuk yang ketiga.
"Selepas ini kami akan mempunyai enam bulan untuk berjuang dalam La Liga dan Liga Juara-Juara."
Madrid menduduki tempat keempat dalam La Liga selepas 15 perlawanan, lapan mata di belakang pendahulu, Barcelona.
Mereka berdepan Paris Saint-Germain dalam pusingan 16 terakhir Liga Juara-Juara pada 15 Februari dan 7 Mac ini.
Topic Berkaitan
#La Liga
#Liga Juara-Juara Eropah
#Piala Dunia
#Real Madrid
#Zinedine Zidane
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan