KUALA LUMPUR: Pemain perseorangan lelaki utama negara Lee Zii Jia meneruskan rentak kemenangannya ketika beraksi di Jelajah Dunia Akhir BWF (Persekutuan Badminton Dunia) 2021 dengan menewaskan Toma Junior Popov dari Perancis pada perlawanan Kumpulan B di Bali, Indonesia, hari ini.
Zii Jia pemain nombor lapan dunia, dengan mudah menang set pertama 21-13 sebelum pemain Perancis itu yang menduduki rangking ke-33 dunia cuba memberikan saingan pada set kedua, sebelum Zii Jia menang tipis 21-19.
Kemenangan itu meletakkan Zii Jia mendahului Kumpulan B, dan hampir pasti untuk layak ke separuh akhir dan akan menamatkan saingan peringkat kumpulan itu dengan bertemu pemain India K. Srikanth, esok.
Sementara itu pasangan regu wanita meningkat naik negara Perlu Tan-M. Thinaah, memberikan cabaran hebat dengan mengejutkan pasangan nombor sembilan dunia Jongkolphan Kititharakul-Rawinda Prajongjai dari Thailand, dalam satu perlawanan Kumpulan A mesti menang untuk pasangan negara itu bagi memastikan berpeluang layak ke separuh akhir.
Pasangan nombor 17 dunia itu bermula dengan perlahan pada set pertama, ketinggalan 1-6, sebelum mengejar kembali untuk menang tipis 23-21, sebelum meneruskan momentum mereka dengan menang 21-14 pada set kedua.
Bernama
Thu Dec 02 2021
Kemenangan itu meletakkan Zii Jia mendahului Kumpulan B, dan hampir pasti untuk layak ke separuh akhir dan akan menamatkan saingan peringkat kumpulan itu dengan bertemu pemain India K. Srikanth, esok. - Gambar fail/ Stadium Astro
Isu bayi 'disimpan' : Peguam minta tarik balik tuduhan atau berdepan tindakan saman
Bapa kepada bayi lelaki yang mayatnya 'disimpan' di sebuah hospital swasta memberi masa sehingga 12 tengah malam Khamis kepada netizen yang memfitnah di media sosial supaya menarik balik kenyataan.
37 rakyat Palestin maut akibat bedilan udara Israel
Sekurang-kurangnya 37 warga Palestin terbunuh dalam siri serangan udara tentera Israel pada pagi Khamis, yang menyasarkan pengiring trak bantuan serta rumah-rumah yang menempatkan pelarian di seluruh Semenanjung Gaza. Menurut sumber perubatan, serangan udara di kawasan barat Rafah dan Khan Younis di selatan Gaza meragut nyawa 15 rakyat Palestin, manakala 30 lagi dilaporkan cedera.
Seorang maut selepas pangsapuri mewah di Shenzhen terbakar
Kebakaran melibatkan sebuah pangsapuri mewah di tengah Shenzhen, Selatan China mengorbankan seorang individu. Asap tebal dilihat menyelubungi udara dan mencetuskan kegusaran orang ramai yang melihat kejadian itu berlaku.
Tentera Israel berundur dari Khiam, Marjayoun
Komando Pusat Amerika Syarikat (CENTCOM) pada Rabu mengesahkan tentera Israel berundur dari bandar di selatan Lubnan, sekali gus menjadi pengunduran pertama tentera rejim di bawah perjanjian genjatan senjata antara kedua negara.
Pembangkang usul pecat kedua terhadap Suk Yeol
Parti pembangkang Korea Selatan sekali lagi, mengemukakan usul untuk memecat Presiden Yoon Suk Yeol pada Khamis susulan kontroversi berkaitan pengisytiharan undang-undang tentera oleh Yoon sebelum ini. Ia selepas kegagalan usul pemecatan pertama yang tidak diluluskan di Parlimen negara itu sebelum ini.
Usul pemecatan itu ditandatangani oleh 190 Ahli Parlimen pembangkang dan seorang ahli parlimen Bebas, tanpa sokongan daripada mana-mana ahli parlimen parti pemerintah.
Parti pembangkang merancang untuk melaporkan usul itu kepada sidang pleno Parlimen pada Khamis dan mengadakan undian pada Jumaat atau Sabtu.
Usul pemecatan itu ditandatangani oleh 190 Ahli Parlimen pembangkang dan seorang ahli parlimen Bebas, tanpa sokongan daripada mana-mana ahli parlimen parti pemerintah.
Parti pembangkang merancang untuk melaporkan usul itu kepada sidang pleno Parlimen pada Khamis dan mengadakan undian pada Jumaat atau Sabtu.
Ratusan penunjuk perasaan bertembung dengan polis di Seoul
Ratusan penunjuk perasaan yang menuntut pemecatan Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol bertembung dengan polis pada Khamis ketika mereka cuba memasuki kediaman rasmi presiden itu di Seoul.
PM gesa institusi pendidikan manfaatkan pameran sejarah dunia Melayu-Islam
Perdana Menteri berkata gesaan ini turut ditujukan kepada Arkib Negara, Dewan Bahasa dan Pustaka serta Perpustakaan Negara Malaysia.
Majoriti rakyat Malaysia anggap layanan kerajaan pilih kasih
Majoriti rakyat Malaysia terutama kaum Melayu dan Cina melihat kerajaan tidak melayan semua pihak secara adil kerana wujud perbezaan kelas.
Menurut kajian Projek Kestabilan dan Akauntabiliti Malaysia (Projek SAMA), responden India pula melihat ketidakadilan lebih kepada perbezaan etnik.
Menurut kajian Projek Kestabilan dan Akauntabiliti Malaysia (Projek SAMA), responden India pula melihat ketidakadilan lebih kepada perbezaan etnik.
318 stesen pemancar telekomunikasi terkesan mula beroperasi - Fahmi
Sebanyak 318 stesen pemancar atau menara telekomunikasi di seluruh negara yang terkesan bencana banjir sejak November hingga Khamis, telah mula beroperasi semula.
PKR teliti alasan penghakiman untuk tindakan susulan
Bekas Setiausaha Agung PKR Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail akan berbincang dengan peguam susulan keputusan Mahkamah Rayuan mengurangkan pampasan yang perlu dibayar bekas Naib Presiden parti itu Datuk Zuraida Kamaruddin daripada RM10 juta kepada RM100,000 kerana melanggar syarat bon.
Jelajah Dunia Akhir BWF: Zii Jia, Aaron-Wooi Yik tempah slot separuh akhir
Lee Zii Jia mengesahkan tempat ke aksi separuh akhir selepas melakar kemenangan kedua peringkat Kumpulan A, Jelajah Dunia Akhir BWF 2024 di Hangzhou, China hari ini.
KBS rangka kod etika pemakaian babitkan penggunaan Jalur Gemilang
Hannah berkata pengenalan kod etika itu susulan isu terbaharu melibatkan penggunaan Jalur Gemilang pada jersi pemain perseorangan lelaki profesional negara Lee Zii Jia.
Victor mohon maaf isu Jalur Gemilang terbalik di jersi Zii Jia
Victor Malaysia dalam kenyataan dimuat naik di akaun X, mengakui kesilapan dan kesal dengan insiden berkenaan.
Badminton: Tat Meng sah tinggalkan 'team' Lee Zii Jia
Pasukan Lee Zii Jia mengesahkan Pengarah Kejurulatihannya Wong Tat Meng akan meninggalkan pasukan berkenaan.
Lee Zii Jia dedah faktor air mata tumpah di bumi Paris
Lee Zii Jia, mendedahkan faktor dirinya tidak dapat menahan perasaan sebak dalam sesi wawancara bersama wartawan Astro Arena usai meraih pingat gangsa Sukan Olimpik Paris 2024.
Saya hilang 2 kilogram selepas tewas kepada Kunlavut - Lee Zii Jia
Zii Jia mengakui dia tertekan sehingga hilang selera makan dan berat badan selepas tewas kepada Kunlavut Vitidsarn dalam separuh akhir Sukan Olimpik Paris 2024 Ogos lalu.
Rexy anggap peluang wakil negara raih gelaran Jelajah Dunia Akhir BWF makin tinggi
Rexy Mainaky merasakan peluang semakin tinggi untuk Malaysia mencipta sejarah merangkul gelaran pada Kejohanan Jelajah Dunia Akhir BWF.
Zii Jia berisiko hilang slot Kejohanan Jelajah Dunia Akhir BWF
Perseorangan lelaki profesional negara Lee Zii Jia berdepan risiko terlepas slot Kejohanan Jelajah Dunia Akhir Persekutuan Badminton Dunia (BWF) 2024.
Zii Jia terkandas di suku akhir Masters Jepun 2024
Lee Zii Jia terkandas di suku akhir selepas tewas kepada pemain di ranking keenam dunia Jonatan Christie pada Masters Jepun 2024.
Zii Jia mandi peluh ke pusingan kedua Masters Jepun
Pemain perseorangan lelaki profesional negara Lee Zii Jia menafikan tentangan sengit pemain bintang muda negara Justin Hoh sebelum mengesahkan kemaraan ke pusingan kedua Masters Jepun hari ini.