KUALA LUMPUR: Pemain perseorangan profesional negara Lee Zii Jia meneruskan momentum cemerlang di Masters China apabila mara ke suku akhir hari ini.
Perlawanan yang berlangsung di arena Gimnasium Teluk Shenzen menyaksikan pemain di kedudukan ke-11 dunia itu mudah menundukan wakil tuan rumah Lu Guang Zu 21-10, 21-12 dalam perlawanan yang mengambil masa 40 minit.
Mengulas mengenai perlawanan hari ini, pemain kelahiran Kedah itu berkata kekal tenang dalam gelanggang menjadi kunci untuk mengekalkan momentum kecemerlangan.
"Cuba untuk lebih sabar ketika dalam gelanggang, ia berjalan dengan jika saya lebih tenang. Ia menjadi kelebihan besar buat saya.
"Sudah tentu saya mahu ke final...saya harap saya dapat mara sejauh mungkin. Saya cuba untuk lebih menikmati (permainan)," katanya menerusi rakaman audio dikongsi Persekutuan Badminton Dunia (BWF).
Juara Terbuka Arctic 2023 itu dijadual berdepan pencabar dari Jepun, Kenta Nishimoto yang mengetepikan juara dunia Kunlavut Vitidsarn 21-15, 21-23, 21-10.
Sementara itu, nasib tidak menyebelahi beregu lelaki negara Aaron Chia-Soh Wooi Yik apabila ditunjukkan jalan keluar oleh wakil tuan rumah He Ji Ting-Ren Xiang Yu dalam perlawanan sengit 25-27, 21-18, 17-21.
Satu lagi pasangan beregu lelaki Man Wei Chong-Tee Kai Wun turut mengalami nasib sama apabila tewas kepada pilihan kelapan kejohanan Liu Yu Chen-Ou Xuan dari China Yi 21-17, 11-21, 13-21.
Perseorangan wanita Goh Jin Wei juga terkandas apabila tunduk kepada pemain China, Chen Yu Fei 9-21 dan 16-21.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Nov 23 2023
Pemain perseorangan profesional negara Lee Zii Jia meneruskan momentum cemerlang di Masters China apabila mara ke suku akhir hari ini. - Foto Facebook BAM
Protes diteruskan hingga Suk Yeol dipecat
Para penunjuk perasaan kekal mengadakan protes di bandar Seoul agar Presiden Yoon Suk Yeol dipecat daripada jawatannya.
Cubaan serbu pejabat Presiden Yoon Suk Yeol gagal
Menurut media tempatan, pihak polis tidak dapat memasuki bangunan utama kerana gagal mencapai persetujuan dengan pihak perkhidmatan rahsia mengenai kaedah penggeledahan dan penyitaan.
Bekas Menteri Pertahanan Korea cuba bunuh diri
Menurut Ketua Pesuruhajaya Perkhidmatan Korea, Shin Yong Hae pada Rabu, Kim kini sedang menerima rawatan susulan dan berada dalam keadaan stabil.
Seorang menteri Afghanistan terbunuh dalam letupan
Seorang menteri utama dalam pentadbiran sementara Taliban Afghanistan terbunuh pada Rabu dalam letupan di ibu negara Kabul.
PBB akan undi gencatan senjata segera dilaksanakan
Resolusi itu juga menuntut pembebasan semua tebusan dan akses tanpa halangan untuk bantuan kemanusiaan kepada Gaza.
Fenomena La Nina berkembang lebih 50 peratus hingga Feb 2025
Kemungkinan lebih 50 peratus fenomena La Nina dilaporkan akan berkembang dalam tempoh tiga bulan mendatang.
127 terbunuh dalam dua hari di Sudan
Terbaharu pada Selasa, kumpulan hak asasi manusia, Emergency Lawyers memaklumkan sekurang-kurangnya 20 termasuk 14 orang yang menaiki bas terbunuh di Omdurman, Sudan.
Suspek bunuh CEO bakal mohon esktradisi
Menurut peguam Luigi Mangiyone, Thomas Dickey, pihaknya akan melakukan permohonan itu mengikut peraturan undang-undang perlembagaan.
[TERKINI] Harimau Malaya raih tiga mata berharga, tewaskan Timor Leste
Skuad Harimau Malaya mencatatkan kemenangan pertama kumpulan A dalam saingan Piala ASEAN 2024 selepas menewaskan Timor Leste 3-2.
Astro sambung hak eksklusif EPL hingga 2027/28
Selain siaran langsung, Astro turut akan menerbitkan kandungan istimewa seperti wawancara eksklusif dan siri "From KL to PL" yang akan ditayangkan pada Januari 2025.
Badminton: Tat Meng sah tinggalkan 'team' Lee Zii Jia
Pasukan Lee Zii Jia mengesahkan Pengarah Kejurulatihannya Wong Tat Meng akan meninggalkan pasukan berkenaan.
Lee Zii Jia dedah faktor air mata tumpah di bumi Paris
Lee Zii Jia, mendedahkan faktor dirinya tidak dapat menahan perasaan sebak dalam sesi wawancara bersama wartawan Astro Arena usai meraih pingat gangsa Sukan Olimpik Paris 2024.
Saya hilang 2 kilogram selepas tewas kepada Kunlavut - Lee Zii Jia
Zii Jia mengakui dia tertekan sehingga hilang selera makan dan berat badan selepas tewas kepada Kunlavut Vitidsarn dalam separuh akhir Sukan Olimpik Paris 2024 Ogos lalu.
Rexy anggap peluang wakil negara raih gelaran Jelajah Dunia Akhir BWF makin tinggi
Rexy Mainaky merasakan peluang semakin tinggi untuk Malaysia mencipta sejarah merangkul gelaran pada Kejohanan Jelajah Dunia Akhir BWF.
Zii Jia berisiko hilang slot Kejohanan Jelajah Dunia Akhir BWF
Perseorangan lelaki profesional negara Lee Zii Jia berdepan risiko terlepas slot Kejohanan Jelajah Dunia Akhir Persekutuan Badminton Dunia (BWF) 2024.
Zii Jia terkandas di suku akhir Masters Jepun 2024
Lee Zii Jia terkandas di suku akhir selepas tewas kepada pemain di ranking keenam dunia Jonatan Christie pada Masters Jepun 2024.
Zii Jia mandi peluh ke pusingan kedua Masters Jepun
Pemain perseorangan lelaki profesional negara Lee Zii Jia menafikan tentangan sengit pemain bintang muda negara Justin Hoh sebelum mengesahkan kemaraan ke pusingan kedua Masters Jepun hari ini.
Zii Jia teruskan misi ke WTF 2024 di Hangzhou
Lee Zii Jia bersedia untuk kembali dan berusaha mencapai kejayaan pada kejohanan World Tour Finals (WTF) 2024 yang akan berlangsung dari 11 hingga 15 Dis di Hangzhou, China.
Zii Jia tarik diri Terbuka Denmark
Pemain nombor empat dunia itu sebelum ini dijangka menyingkap pusingan pertama berdepan bintang Jepun, Kenta Nishimoto.
Zii Jia terlepas peluang pertahan juara Terbuka Artik
Zii Jia ternyata bukan tandingan wakil Jepun Koki Watanabe setelah ditewaskan 15-21, 21-13, 12-21 usai 66 minit perlawanan.