awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pilihan raya Majlis Nasional Palestin ditetapkan pada 1 November
Toleransi beragama, keselamatan rumah ibadat asas keharmonian - Ahmad Zahid
Hutan di puncak bukit berhampiran Taman Tun Abdul Razak terbakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Zii Jia mula dapat sentuhan Tat Meng

Sinar Harian
Sinar Harian
03/07/2023
10:09 MYT
Zii Jia mula dapat sentuhan Tat Meng
Tat Meng (kanan) menjadi sandaran Zii Jia untuk memburu pingat buat negara pada Sukan Olimpik Paris 2024. - Foto Agensi
SISTEM latihan pemain badminton perseorangan lelaki profesional negara, Lee Zii Jia dijangka lebih efektif apabila jurulatih baharu, Wong Tat Meng memulakan tugasnya pada Isnin.
Tat Meng menjadi pilihan Zii Jia untuk melatihnya selepas dia 'berpisah' dengan jurulatih dari Indonesia, Indra Wijaya pada November tahun lalu.
Kakak Zii Jia merangkap pengurusnya, Lee Zii Yii memberitahu, pemain itu akan melakukan persiapan bagi menghadapi kejohanan akan datang yang dijadualkan berlangsung kurang dua minggu lagi.
“Kurang dua minggu untuk melakukan persiapan bagi menghadapi kejohanan seterusnya. Jadi, adalah penting untuk pasukan memberikan fokus terhadap latihan.
“Terima kasih di atas keprihatinan yang ditunjukkan daripada semua,” ujar Zii Yii dalam satu kenyataan kepada media.
Juara Asia itu sebelum ini mengumumkan dia mahu berehat seketika daripada badminton selepas tewas di pusingan pertama Terbuka Indonesia, bulan lalu.
Bekas juara Seluruh England itu dijangka menyertai kejohanan pertamanya bersama Tat Meng pada Terbuka Korea di Yeosu bermula 18 hingga 23 Julai ini.
Pada pusingan pertama Zii Jia dijadualkan menentang bekas anak didik Tat Meng dari Hong Kong, Ng Ka Long.
Sekiranya mara ke pusingan kedua, pemain dari Alor Setar, Kedah itu dijangka bertemu seorang lagi pemain perseorangan lelaki negara, Ng Tze Yong yang akan membuka tirai kempen menentang Mithun Manjunath dari India. -- Sinar Harian
Topic Berkaitan
#Lee Zii Jia
#Wong Tat Meng
#jurulatih
#badminton
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan