awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Anak Puteri Mahkota Norway ditahan atas dakwaan serangan menjelang perbicaraan rogol
GMWA2025: Meerqeen terharu sokongan peminat - “Kalau menang itu rezeki…”
Pesakit Palestin tiba di Mesir selepas laluan Rafah dibuka semula secara terhad
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Zii Jia, pasukan badminton negara dirai dalam Majlis Jamuan Teh Diraja

Hasimi Muhamad
Hasimi Muhamad
06/04/2021
09:15 MYT
Zii Jia, pasukan badminton negara dirai dalam Majlis Jamuan Teh Diraja
Majlis itu dianjurkan atas perkenan Seri Paduka Baginda untuk meraikan pasukan dan pemain yang telah berjaya mengharumkan nama negara dalam pertandingan badminton antarabangsa, baru-baru ini. - Gambar/ Astro AWANI/ Hasimi Muhamad
KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan mencemar duli berangkat ke Majlis Jamuan Teh Diraja bersama juara Seluruh England, Lee Zii Jia dan pasukan badminton negara di Istana Negara, hari ini.
Turut mencemar duli berangkat ke majlis berkenaan Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.
Majlis yang berlangsung selama satu jam itu dianjurkan atas perkenan Seri Paduka Baginda untuk meraikan pasukan dan pemain yang telah berjaya mengharumkan nama negara dalam pertandingan badminton antarabangsa, baru-baru ini.
Hadir sama pada majlis tersebut ialah Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican; Presiden Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Tan Sri Mohamad Norza Zakaria; dan Pengarah Teknikal Remaja BAM, Datuk Misbun Sidek.
Selain Zii Jia, pemain kebangsaan yang hadir ialah pasangan beregu wanita negara, Pearly Tan dan M Thinaah yang menjuarai Terbuka Swiss 2021.
Pada majlis berkenaan, Al-Sultan Abdullah berkenan menerima raket yang digunakan oleh Zii Jia pada aksi final Seluruh England ketika menewaskan Viktor Axelsen.
Pada masa yang sama, baginda turut berkenan menyaksikan pingat dan plak yang masing-masing dimenangi Zii Jia serta Pearly dan Thianaah, selain bulu tangkis yang digunakan oleh Zii Jia pada perlawanan akhir Seluruh England.
Pemain berusia 23 tahun kelahiran Alor Setar, Kedah itu, muncul juara Seluruh England selepas menewaskan juara bertahan Axelsen dari Denmark di Birmingham, pada 21 Mac lalu.
Sementara itu, Istana Negara dalam kenyataan berasingan memaklumkan Al-Sultan Abdullah turut menzahirkan harapan agar kejayaan yang dicapai akan menjadi pemangkin kepada pasukan badminton negara untuk terus bekerja keras dan cemerlang di masa hadapan.
Majlis tersebut merupakan yang julung kali Seri Paduka Baginda berdua berkenan meraikan kejayaan atlet-atlet negara di Istana Negara.
Pada 11 Oktober 2019, Seri Paduka Baginda berdua berkenan meraikan pasukan hoki lelaki negara di Majlis Jamuan Teh Diraja di Istana Negara sebagai suntikan semangat bagi pemburuan slot untuk beraksi di temasya Sukan Olimpik 2020 di Tokyo, Jepun.
Topic Berkaitan
#Zii Jia
#Yang di-Pertuan Agong
#Al-Sultan Abdullah
#Raja Permaisuri Agong
#Majlis Jamuan Teh Diraja
#juara Seluruh England
#Pearly Tan
#M Thinaah
#Misbun Sidek
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan