GEORGE TOWN: Pemain perseorangan lelaki negara, Lee Zii Jia yang merupakan juara Kejohanan All England 2021 menjadi sandaran buat negara meraih pingat emas Sukan Olimpik akan datang di Tokyo, Jepun.
Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican berkata kemenangan Zii Jia yang berusia 22 tahun dalam kejohanan itu semalam menunjukkan beliau mempunyai prestasi yang mengagumkan dengan semangat juang yang tinggi.
"Walaupun masih terlalu awal untuk menyatakan Zii Jia berada pada laluan tepat untuk memenangi Sukan Olimpik, tetapi dengan persiapan itu beliau boleh menjadi sandaran utama negara selain kita juga mempunyai atlet terjun dan berbasikal (untuk menang di Olimpik).
"Apa yang penting ketika ini adalah Zii Jia perlu memastikan prestasinya sentiasa konsisten dan menjaga kecergasan serta mengelak mengalami kecederaan. Kejayaan dalam kejohanan (All England) itu meletakkan penanda aras yang tinggi kepada beliau malah Zii Jia mempunyai semangat juang yang tinggi, bertanding hingga ke titisan akhir iaitu sehingga mata ke-30.
"Kejayaan beliau semalam diraikan seluruh rakyat Malaysia dan beliau merupakan pertaruhan dan harapan penting negara pada Olimpik akan datang malah prestasi ditunjukkan Zii Jia juga mendapat liputan seluruh dunia, sekarang pemain badminton dunia dapat isyarat mereka kena lihat pencabar baharu (Zii Jia)," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan Mesyuarat Majlis Tindakan Pembangunan Negeri (MTPNg) Pulau Pinang, di sini hari ini.
Reezal Merican berkata beliau secara peribadi melihat prestasi Zii Jia sedang meningkat naik dan seperkara yang diperhatikannya terhadap Zii Jia adalah kebangkitan pemain berkenaan sukar dihentikan apabila berada pada kemuncaknya.
"Mudah-mudahan kita dapat menyaksikan kebangkitan Zii Jia ini membawa sehingga ke tahap semasa beliau beraksi di Sukan Olimpik nanti," katanya.
Katanya kemenangan Zii Jia juga telah membuka mata dunia yang beliau merupakan pemain yang bakal menempatkan diri lebih tinggi di persada antarabangsa malah prestasi yang ditunjukkannya pada Kejohanan All England itu memberi isyarat kepada pemain badminton dunia lain berkenaan kewujudannya.
Menurutnya beliau sempat berhubung dengan Zii Jia selepas menewaskan pemain nombor satu dunia dari Jepun, Kento Momota pada peringkat suku akhir dan beliau turut memberi kata-kata semangat serta nasihat kepada Zii Jia supaya fokus dengan memusatkan segala usaha untuk berjaya sehingga ke perlawanan akhir kejohanan tersebut.
Dalam pada itu, beliau turut turut mengucapkan tahniah kepada Persatuan Badminton Malaysia (BAM) kerana keberanian BAM mempertaruhkan pelapis muda terutama pasangan beregu wanita negara, Pearly Tan-M Thinaah menunjukkan negara tidak ketandusan pemain yang boleh memberi saingan sengit di peringkat lebih tinggi bukan hanya di Sukan Olimpik malah Piala Thomas dan Piala Sudirman.
"Tindakan berani BAM menurunkan barisan pemain muda pada kejohanan itu adalah sesuatu yang harus di puji malah mereka (pemain) menunjukkan banyak peningkatan prestasi... macam pasangan beregu wanita (Pearly Tan-M.Thinaah), mereka muda tapi dengan prestasi yang semakin meningkat telah mampu sampai ke separuh akhir. Ini menunjukkan penyediaan BAM yang mempunyai barisan pemain untuk memberikan saingan sengit dalam mana-mana kejohanan," katanya.
Zii Jia, yang menghuni ranking ke-10 dunia, yang juga pemain pilihan keenam kejohanan, telah mengatasi kesemua halangan dengan menewaskan juara bertahan yang juga pemain pilihan kedua Viktor Axelsen dari Denmark 30-29, 20-22, 21-19, pada perlawanan akhir malam tadi yang berlangsung selama 74 minit di Utilita Arena, Birmingham.
Kemenangan pemain kelahiran Alor Star itu meletakkan nama Malaysia pada senarai pemenang All England, selepas kali terakhir dimenangi Chong Wei pada edisi 2017.
Kejayaan itu juga menamatkan kemarau tiga tahun Zii Jia tanpa gelaran, selepas memenangi Terbuka Taiwan pada 2018 apabila beliau mengalahkan Riichi Takeshita dari Jepun 21-17, 16-21, 21-11, sebelum tidak menyertai apa-apa kejohanan selama setahun akibat COVID-19.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Mar 22 2021

Lee Zii Jia yang merupakan juara Kejohanan All England 2021 menjadi sandaran buat negara meraih pingat emas Sukan Olimpik akan datang di Tokyo, Jepun. - Foto Stadium Astro
Penstrukturan semula Sapura Energy lalui kelulusan pemiutang, proses mahkamah
Penstrukturan semula Sapura Energy Bhd (SEB) sudah melalui kelulusan pemiutang serta proses mahkamah manakala suntikan kerajaan bukannya geran tetapi pelaburan ke arah memulihkan ekosistem minyak dan gas (O&G) yang strategik untuk ekonomi negara.

Kes rogol pelajar: Pengajar institut kemahiran di Kemaman direman
Seorang tenaga pengajar di sebuah institut kemahiran di Kemaman direman enam hari kerana disyaki merogol seorang pelajarnya, hujung tahun lepas.

Palsu dokumen, modus operandi sindiket tipu JPN peroleh sijil kelahiran - Saifuddin
Satu sindiket dikesan mengemukakan dokumen kelahiran palsu dan memperdaya Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) bagi mendapatkan sijil kelahiran sah untuk dijual dalam pasaran gelap.
Sindiket MyKad dan sijil kelahiran palsu tumpas
JPN menumpaskan sindiket pemalsuan MyKad dan sijil kelahiran dalam dua operasi berasingan. Beberapa individu ditahan, termasuk seorang peguam, dengan rampasan peralatan pemalsuan serta dokumen palsu yang digunakan untuk tujuan penipuan identiti.

TH terima 84,000 rayuan isi kekosongan haji
Lembaga Tabung Haji (TH) telah menerima 84,000 rayuan untuk mengisi kekosongan jemaah yang tidak dapat mengerjakan ibadat haji tahun ini.
[TERKINI] Kes Zayn Rayyan: Ibu bapa tidak mengaku salah abaikan
Ibu bapa kepada kanak-kanak autistik, Allahyarham Zayn Rayyan Abdul Matin mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen petaling jaya atas pertuduhan pindaan berhubung kesalahan mengabaikan anak mereka, pada tahun 2023.
Pantau Belanjawan: Hutang BNPL | Risiko besar masa depan di sebalik revolusi kewangan
Peningkatan transaksi BNPL kepada RM7.1 bilion menimbulkan persoalan kritikal mengenai kestabilan ekonomi, kawal selia undang-undang, dan risiko kewangan pengguna. Bagaimana RUU Kredit Pengguna dapat menyeimbangkan perlindungan pengguna tanpa menghalang inovasi Fintech?
AWANI Ringkas: JPN tumpaskan sindiket palsu sijil kelahiran
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Delegasi Malaysia jalan kajian empirikal pengasingan kuasa Peguam Negara, Pendakwa Raya di UK
Datuk Seri Azalina Othman Said kini berada berada di London, United Kingdom bersama delegasi Malaysia untuk kajian empirikal cadangan pengasingan peranan Peguam Negara dan Pendakwa Raya negara itu.

PM Anwar hadir program Ihya Ramadan di KKDW
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim meluangkan masa menghadiri program Ihya Ramadan anjuran Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah.

Cedera: Zii Jia tarik diri Terbuka Swiss minggu hadapan
Pemain berusia 26 tahun itu cedera pada ligamen buku lalinya yang menyebabkan beliau terpaksa menarik diri daripada kejohanan itu.

Seluruh England: Zii Jia, Aaron-Wooi Yik tersingkir awal
Zii Jia tumpas di tangan pemain bukan pilihan dari Hong Kong Angus Ng Ka Long awal pagi tadi.

Masters Orleans: Lee Zii Jia tumbang kepada pemain bukan pilihan dari Ireland
Zii Jia, yang baru pulih daripada kecederaan kaki, kelihatan bergelut untuk mendapatkan pendahuluan selesa dalam set pertama.

Masters Orleans: Zii Jia mara ke suku akhir
Pemain perseorangan lelaki profesional, Lee Zii Jia, mara ke pentas suku akhir Masters Orleans selepas menundukkan wakil India Srikanth Kidambi pada aksi pusingan kedua di Perancis hari ini.

Masters Orleans: Zii Jia mara ke pusingan kedua
Pemain perseorangan lelaki profesional negara Lee Zii Jia menepati ramalan melangkah ke pusingan kedua Masters Orleans selepas menumpaskan wakil Taiwan, Chi Yu Jen, di pusingan pertama hari ini.

Zii Jia, Pearly-Thinaah dapat laluan mudah di pusingan pertama Seluruh England
Lee Zii Jia dijangka tidak berdepan masalah untuk melepasi pusingan pertama pada Kejohanan Badminton Seluruh England pada 11 hingga 16 Mac ini.

Seluruh England: Lee Zii Jia akan kembali dengan magis tersendiri - Bekas pemain nombor satu dunia
Roslin Hashim, optimis Lee Zii Jia akan kembali beraksi dengan magis tersendiri dalam Kejohanan Badminton Masters Orleans di Perancis minggu depan.

Fei-Din jadi model jenama pakaian antarabangsa
Juara Terbuka India itu mendapat durian runtuh selepas Lee Zii Jia turut diperkenalkan untuk sebuah jenama pakaian tempatan.

Lee Zii Jia sah tidak sertai Terbuka India, Masters Indonesia
Lee Zii Jia tidak akjan menyertai Kejohanan Terbuka India dan Kejohanan Masters Indonesia yang akan berlangsung bulan ini.

Zii Jia terpaksa tarik diri dari Terbuka Malaysia minggu depan
Lee Zii Jia menarik diri daripada pembukaan musim Jelajah Dunia Persekutuan Badminton Dunia (BWF) 2025 di Terbuka Malaysia yang dijadualkan bermula di Axiata Arena, Bukit Jalil, pada Selasa ini.