awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kadar zakat fitrah N.Sembilan RM7.50, RM12 dan RM20 - MAINS
JBPM beku 80 peratus cuti pegawai, anggota pastikan kesiapsiagaan di tahap tinggi
PM Anwar mahu pelaksanaan agenda digital, AI negara dipercepat
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Zlatan akan akhiri kariernya di England, bukan MLS atau CSL - Mourinho

Astro Arena
Astro Arena
25/12/2016
04:06 MYT
Zlatan akan akhiri kariernya di England, bukan MLS atau CSL - Mourinho
Zlatan Ibrahimovic masih mampu bersaing di peringkat tertinggi. - Gambar fail
DI SEBALIK tawaran lumayan daripada Liga Bola Sepak Utama Amerika Syarikat (MLS) dan Liga Super China (CSL), pengurus Manchester United, Jose Mourinho, berkata penyerang berpengalaman, Zlatan Ibrahimovic, akan menamatkan kariernya di Old Trafford.
Pada usia 35 tahun, Ibrahimovic membuktikan dia masih mampu bersaing di pentas tertinggi dan bekas kapten Sweden itu menjadi penjaring terbanyak United selepas meledak 16 gol dalam 25 penampilan musim ini, dengan 11 daripada gol berkenaan hadir daripada saingan Liga Perdana Inggeris (EPL).
Ibrahimovic tiba di Old Trafford dengan kontrak selama setahun tetapi dilihat akan melanjutkan kontraknya selepas meledak 10 gol dalam sembilan perlawanan dan Mourinho yakin bekas bintang Paris Saint-Germain (PSG) itu tidak akan menamatkan kariernya di Amerika atau China.
"Saya sangat gembira dengannya. Mungkin orang melihatnya sebagai penjaring terbanyak kelab dan bukan pemain berusia 35 tahun. Untuk Zlatan, 35 adalah sama dengan 25, Ligue 1 sama seperti EPL," jelas Mourinho kepada Sky Sports.
"Dia menjaringkan gol, bermain dengan baik dan saya tumpang gembira untuk dia kerana dia akan menamatkan karier dengan berada di tahap tertinggi. Dia tidak akan ke Amerika atau China.
"Saya sangat berpuas hati dengan prestasinya. Dia melakar rekod yang baik dan mampu mempertingkatkan lagi kualiti permainannya. Dia muncul penjaring terbaik tanpa menjaringkan gol menerusi sepakan penalti.
"Dia hanya menjaringkan satu gol menerusi sepakan penalti dalam 17 perlawanan EPL."
Topic Berkaitan
#Jose Mourinho
#Manchester United
#Old Trafford
#tamat karier
#Zlatan Ibrahimovic
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan