GADGETS
AI generatif Google Veo 3 boleh jana video dengan audio berpadanan

Veo 3 kini tersedia kepada pelanggan Google AI Ultra melalui platform Google Flow dengan bayaran RM1229.90 sebulan, dan digunakan untuk menghasilkan filem pendek. -Amanz
KECERDASAN buatan (AI) generatif sudah wujud sejak tiga tahun lalu. Pada awalnya hasil janaan nampak canggung dan boleh diteka bukan video asli.
Ringkasan AI
- Google memperkenalkan model AI generatif baharu, Veo 3, yang mampu menjana video lengkap dengan audio yang serasi, satu peningkatan besar berbanding model terdahulu.
- Veo 3 kini tersedia kepada pelanggan Google AI Ultra melalui platform Google Flow dengan bayaran RM1229.90 sebulan, dan digunakan untuk menghasilkan filem pendek.
- Walaupun hasil janaan Veo 3 kelihatan realistik, ia masih belum sempurna; Meta juga pernah memperkenalkan model serupa, Movie Gen, tetapi belum dikomersialkan.
Di Google I/O, model AI generatif baharu Veo 3 diumumkan dengan kemampuan untuk menjana video dengan audio yang berpadanan.
Kerana kemampuannya yang cukup baik ini, Veo 3 ialah model yang boleh diakses pelanggan Google Flow untuk menjana filem pendek bermula hari ini.
Pada ketika ini Veo 3 hanya boleh diakses pelanggan Google AI Ultra sahaja dengan bayaran RM1229.90 sebulan.
Beberapa hasil janaan yang telah dikongsi di media sosial nampak realistik tetapi belum cukup sempurna.
Oktober tahun lalu, Meta Movie Gen turut diperlihatkan dengan kemampuan yang sama tetapi sehingga kini belum ditawarkan sebagai produk komersil oleh Meta. -Amanz
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami