awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PDRM, AGC teliti kaedah tangani pelanggaran undang-undang isu 3R - KPN
Google tamat sokongan Chrome untuk macOS 12 mulai pertengahan 2026
Malawi isytihar wabak polio selepas virus cVDPV2 dikesan di Blantyre
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pengakap berasaskan komuniti diperluas ke seluruh negara

Bernama
Bernama
02/08/2025
22:40 MYT
Pengakap berasaskan komuniti diperluas ke seluruh negara
Mohd Zin (gambar) menyeru PPM WPKL supaya menjadi contoh cemerlang dalam pelaksanaan program berkenaan serta menyasarkan peningkatan keahlian. --fotoBERNAMA
KUALA LUMPUR: Pergerakan Pengakap bercadang memperluas pengakap berasaskan komuniti di seluruh negara, kata Ketua Pengakap Negara Mej Jen (B) Datuk Prof Dr Mohd Zin Bidin.
Beliau berkata cadangan itu termasuk ke kawasan ladang-ladang Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) dan rumah pangsa bagi memupuk kepimpinan, disiplin dan sahsiah diri golongan muda di kawasan berkenaan.
Pendekatan itu dilihat sebagai model efektif bagi memperluas gerakan pengakap terutama kepada belia yang tidak berpeluang menyertai unit beruniform berkenaan di sekolah.
"Jadi kita perlukan pemimpin yang berwibawa untuk melatih budak-budak. Saya berharap kita bersama-sama melaksanakan tugas menubuhkan pengakap berasaskan komuniti," katanya ketika menyempurnakan Majlis Penganugerahan Pingat Persekutuan Pengakap Malaysia Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (PPM WPKL) di Auditorium Tan Sri Abdul Rafie di sini semalam.
Mohd Zin juga menyeru PPM WPKL supaya menjadi contoh cemerlang dalam pelaksanaan program berkenaan serta menyasarkan peningkatan keahlian.
"Kuala Lumpur sebagai ibu negara perlu menjadi contoh terbaik di rantau ini. Kita ada semua kemudahan, kepelbagaian dan semangat yang cukup untuk menjayakannya," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Pengakap
#pengakap berasaskan komuniti
#Mohd Zin Bidin
#PPM WPKL
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan