Skip to main content

Teknologi

Airbnb larang hos wajibkan tetamu cuci rumah sebelum daftar keluar

Airbnb turut menegaskan bahawa hos tidak boleh mengenakan sebarang denda atau penalti secara langsung terhadap tetamu. Sebaliknya, tuntutan berkaitan kerosakan harta boleh dibuat menerusi perlindungan AirCover yang disediakan platform berkenaan. -Foto Amanz
Airbnb turut menegaskan bahawa hos tidak boleh mengenakan sebarang denda atau penalti secara langsung terhadap tetamu. Sebaliknya, tuntutan berkaitan kerosakan harta boleh dibuat menerusi perlindungan AirCover yang disediakan platform berkenaan. -Foto Amanz

Advertisement

Ringkasan AI

  • Airbnb mengemas kini garis panduan House Rules dengan melarang hos mewajibkan tetamu melakukan tugasan pembersihan yang memerlukan masa atau usaha signifikan selepas daftar keluar.
  • Hos tidak boleh mengenakan denda atau penalti secara langsung terhadap tetamu, dan tuntutan kerosakan perlu dibuat melalui perlindungan AirCover Airbnb.
  • Perubahan ini menimbulkan kebimbangan dalam kalangan hos mengenai peningkatan kos operasi dan tempoh pemprosesan tuntutan, terutama bagi pengusaha kecil.

PLATFORM penginapan dalam talian global, Airbnb, mengemas kini garis panduan House Rules yang melarang hos mewajibkan tetamu melakukan tugasan pembersihan yang memerlukan masa atau usaha yang signifikan selepas daftar keluar, lapor Amanz.

Langkah itu diperkenalkan bagi menangani isu senarai tugasan daftar keluar (checkout chores) yang dianggap membebankan, termasuk membawa sampah keluar dari premis, mencuci serta menyimpan pinggan mangkuk, selain membuka cadar atau memulakan cucian pakaian.

Sebelum ini, sebahagian tetamu mempersoalkan kewajaran tugasan berkenaan kerana mereka masih dikenakan yuran pembersihan walaupun mematuhi arahan yang ditetapkan hos.

Di bawah polisi baharu itu, hos tidak lagi dibenarkan mewajibkan tetamu melaksanakan tugasan yang lazimnya dilakukan oleh pekerja pembersihan atau memerlukan masa dan tenaga yang ketara.

Airbnb turut menegaskan bahawa hos tidak boleh mengenakan sebarang denda atau penalti secara langsung terhadap tetamu. Sebaliknya, tuntutan berkaitan kerosakan harta boleh dibuat menerusi perlindungan AirCover yang disediakan platform berkenaan.

Polisi itu bagaimanapun mengundang kebimbangan dalam kalangan sebahagian hos yang berpendapat perubahan tersebut boleh meningkatkan kos operasi, terutama bagi pengusaha penginapan berskala kecil.

Mereka turut membangkitkan isu kos pembersihan tambahan dan tempoh pemprosesan tuntutan di bawah AirCover yang tidak berlaku serta-merta.

Airbnb setakat ini mengekalkan pendiriannya berhubung perubahan tersebut, yang akan terpakai kepada tempahan yang dibuat mulai 20 November 2026.

Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI

  • Q: Apakah perubahan utama pada garis panduan House Rules Airbnb? 
    A: Airbnb kini melarang hos mewajibkan tetamu melakukan tugasan pembersihan yang memerlukan masa atau usaha signifikan selepas daftar keluar.
  • Q: Apakah tugasan daftar keluar yang tidak lagi dibenarkan kepada tetamu? 
    A: Tugasan seperti membawa sampah keluar, mencuci dan menyimpan pinggan mangkuk, membuka cadar, atau memulakan cucian pakaian tidak lagi boleh diwajibkan kepada tetamu.
  • Q: Bagaimana Airbnb menangani tuntutan kerosakan harta selepas perubahan polisi ini? 
    A: Tuntutan berkaitan kerosakan harta boleh dibuat melalui perlindungan AirCover yang disediakan oleh Airbnb, bukan melalui denda atau penalti langsung kepada tetamu.
  • Q: Apakah kebimbangan yang dibangkitkan oleh hos berkaitan polisi baharu ini? 
    A: Sebahagian hos bimbang perubahan ini boleh meningkatkan kos operasi, terutama bagi pengusaha penginapan berskala kecil, serta isu kos pembersihan tambahan dan tempoh pemprosesan tuntutan AirCover yang tidak serta-merta.
  • Q: Bilakah perubahan garis panduan ini akan berkuat kuasa? 
    A: Perubahan ini akan terpakai kepada tempahan yang dibuat mulai 20 November 2026.

Must Watch Video

Advertisement