Skip to main content

Teknologi

ByteDance laksana pengurangan pekerja di Asia Tenggara, babit kakitangan di Malaysia

41737518858_ByteDance.jpg
Berdasarkan laporan pasaran, proses pengurangan tenaga kerja yang bermula pada 1 Julai lalu turut menjejaskan kakitangan syarikat di Singapura dan Indonesia. -Gambar fail
Advertisement

BYTEDANCE, syarikat teknologi yang mengendalikan platform TikTok, dilapor mengurangkan sebahagian tenaga kerjanya di Asia Tenggara termasuk di Malaysia.

Langkah berkenaan difahamkan sebahagian daripada usaha penstrukturan semula operasi syarikat itu ketika beberapa syarikat teknologi global terus menilai semula struktur tenaga kerja dan model perniagaan masing-masing, lapor Amanz.

Berdasarkan laporan pasaran, proses pengurangan tenaga kerja yang bermula pada 1 Julai lalu turut menjejaskan kakitangan syarikat di Singapura dan Indonesia.

Bagaimanapun, jumlah sebenar pekerja yang terlibat di rantau ini masih belum diumumkan secara rasmi oleh pihak syarikat.

Selain Asia Tenggara, ByteDance dilapor mempertimbangkan pengurangan ratusan lagi jawatan di hab operasinya di Eropah dalam tempoh terdekat.

Sebelum ini, beberapa syarikat teknologi antarabangsa mengurangkan kebergantungan terhadap tenaga kerja manusia dengan memperluaskan penggunaan teknologi kecerdasan buatan (AI) bagi melaksanakan sebahagian fungsi operasi tertentu.

Setakat ini, pengurusan ByteDance masih belum menjelaskan sama ada pengurangan tenaga kerja tersebut mempunyai kaitan dengan integrasi AI, langkah penjimatan kos atau faktor komersial lain.

Must Watch Video

Advertisement