Skip to main content

Teknologi

CIMB kini sokong Apple Pay untuk pengguna kad kredit

Sumber: AMANZ
Bagi mengaktifkan perkhidmatan tersebut, pengguna perlu membuka aplikasi Apple Wallet pada peranti Apple, menekan butang tambah (+), memilih pilihan "Credit Card" dan mengikuti arahan yang dipaparkan pada skrin. -Foto Amanz
Advertisement

KUALA LUMPUR: CIMB Bank Berhad (CIMB) hari ini mengumumkan sokongan sistem pembayaran Apple Pay untuk pengguna kad kredit serta kad kredit-i keluaran bank berkenaan, lapor Amanz.

Menurut laman rasmi CIMB, transaksi menggunakan Apple Pay boleh dilakukan menerusi peranti iPhone, Apple Watch, Mac dan iPad.

Bagi mengaktifkan perkhidmatan tersebut, pengguna perlu membuka aplikasi Apple Wallet pada peranti Apple, menekan butang tambah (+), memilih pilihan "Credit Card" dan mengikuti arahan yang dipaparkan pada skrin.

Langkah itu menyaksikan CIMB menyertai beberapa institusi kewangan lain di Malaysia yang telah menawarkan kemudahan Apple Pay kepada pelanggan mereka.

Antara institusi yang kini menyokong Apple Pay ialah Hong Leong Bank, AmBank, HSBC, Maybank, RHB Bank Berhad, Standard Chartered Bank dan Wise Payments.

Sempena pelancaran kemudahan baharu itu, CIMB turut menawarkan ganjaran pulangan tunai sehingga RM118 kepada pelanggan yang membuat pembayaran menggunakan Apple Pay.

 

Must Watch Video

Advertisement