Skip to main content

Teknologi

Circle to Search kini sokong ‘Find the Look’, ‘Try It On’ pada Galaxy S26, Pixel 10

Sejak dilancarkan dua tahun lalu, Google Circle to Search ialah ciri yang saya gunakan puluhan kali setiap hari untuk mencari sumber cerita, gambar, video, melakukan alih bahasa dan mengesahkan berita di atas talian. Hari ini Circle to Search menerima ciri baharu dimana ia boleh mencari setiap objek dalam gambar yang “dibulatkan” dalamnya._Amanz
Ciri ini amat berguna untuk carian busana, khususnya ketika persiapan menuju Hari Raya Aidilfitri. -Foto Amanz

SEJAK diperkenalkan dua tahun lalu, Google Circle to Search menjadi antara ciri yang paling kerap saya gunakan untuk mencari sumber cerita, meneliti gambar dan video, melakukan alih bahasa serta mengesahkan maklumat dalam talian.

Hari ini, ciri itu menerima kemas kini baharu yang membolehkan pengguna mencari setiap objek dalam imej yang dibulatkan di skrin.

Advertisement

Ciri ini amat berguna untuk carian busana, khususnya ketika persiapan menuju Hari Raya Aidilfitri.

Pengguna boleh mengesan lokasi pembelian baju, seluar, kasut dan aksesori yang dilihat dalam imej.

Butang Find the Look turut dipaparkan bagi mengenal pasti setiap item pakaian pada tubuh model.

Dengan ciri ini, pengguna tidak lagi perlu melakukan zum dekat untuk mengenal pasti jenama atau model kasut, jam tangan atau aksesori lain dalam video.

Google turut mengintegrasikan ciri Try It On, seperti yang diperlihatkan pada Google I/O, terus ke dalam Circle to Search.

Melalui teknologi Gemini, imej baharu akan dijana bagi memperlihatkan rupa pakaian tersebut apabila dipakai pada tubuh pengguna.

Buat masa ini, semua ciri terbaharu Circle to Search hanya tersedia pada peranti Samsung Galaxy S26 dan Google Pixel 10. -Amanz

Must Watch Video