Skip to main content

Teknologi

Edits perkenal lebih banyak pilihan suntingan baharu

Kemaskini baharu pada Edits kini membolehkan pencipta kandungan lebih kreatif dengan ciri tambahan yang lebih bebas. Antara yang diperkenalkan termasuk 11 kesan baharu untuk menjadikan objek lebih menonjol, seperti Amplify dan Clone Slide yang boleh digunakan pada individu atau objek tertentu dalam video supaya kelihatan lebih menonjol.
Antara yang diperkenalkan ialah 11 kesan baharu untuk menjadikan objek lebih menonjol, termasuk Amplify dan Clone Slide yang boleh digunakan pada individu atau objek tertentu dalam video. -Foto Amanz

KEMAS kini terbaharu pada Edits kini membolehkan pencipta kandungan berkarya dengan lebih kreatif menerusi ciri tambahan yang lebih fleksibel.

Antara yang diperkenalkan ialah 11 kesan baharu untuk menjadikan objek lebih menonjol, termasuk Amplify dan Clone Slide yang boleh digunakan pada individu atau objek tertentu dalam video.

Advertisement

Selain itu, terdapat juga Customizable Overlays yang membolehkan pengguna menambah kesan khas seperti outer glow dan pulse pada lapisan video.

Ciri ini digabungkan dengan Auto Highlighting Captions, yang membolehkan pengguna memilih perkataan tertentu untuk diberi penekanan menggunakan warna pilihan bagi menjadikan mesej lebih jelas.

Kemas kini ini turut membawa Idea Tab yang diperbaharui dengan format baharu untuk menjadikan nota tersimpan lebih menarik.

Malah, Instagram audio, Reels dan pelekat kini dihimpunkan dalam satu ruang khas, sekali gus membolehkan pengguna menggunakannya sebagai papan idea bagi menghasilkan Reels seterusnya dengan lebih mudah dan teratur. -Amanz

Must Watch Video