MALAGA: Platform sumber kreatif terkemuka, Freepik, secara rasmi mengumumkan penjenamaan semula identitinya kepada Magnific bagi mencerminkan peralihan strategi syarikat ke arah ekosistem kreatif berasaskan kecerdasan buatan (AI).
Langkah penjenamaan semula itu menyaksikan Magnific menyatukan pelbagai penawaran di bawah satu platform bersepadu, memberikan pengguna akses pantas kepada lebih 250 juta aset merangkumi gambar, video, dan audio, lapor Amanz.
Ketua Pegawai Eksekutif Magnific, Joaquin Cuenca Abela, berkata transformasi itu bertujuan mempermudahkan tugasan penggiat kreatif menerusi integrasi alatan AI yang lebih mendalam dan lancar.
Sebagai sebahagian daripada pengenalan identiti baharu ini, Magnific turut menyertakan sokongan teknologi Seedance 2.0 bagi penjanaan video serta GPT Image 2 untuk penghasilan imej berkualiti tinggi.
Langkah penjenamaan semula itu menyaksikan Magnific menyatukan pelbagai penawaran di bawah satu platform bersepadu, memberikan pengguna akses pantas kepada lebih 250 juta aset merangkumi gambar, video, dan audio.
Di Malaysia, langganan versi Premium Magnific ditawarkan pada harga bermula RM79 sebulan, yang memberikan akses penuh kepada pustaka aset serta fungsi terbaharu dikuasakan AI tersebut.
Penjenamaan ini menyusul selepas pengambilalihan syarikat rintis Magnific AI oleh Freepik pada Mei 2024 bagi memperkukuh kedudukannya dalam persaingan pasaran platform stok media global.
Pihak pengurusan syarikat memberi jaminan bahawa pengguna sedia ada masih boleh mengakses akaun dan aset mereka seperti biasa melalui antara muka baharu yang lebih moden dan dioptimumkan.