GOOGLE melancarkan Lyria 3, model kecerdasan generatif muzik terbaharu mereka yang kini boleh diakses dalam aplikasi Gemini menerusi fasa beta.
Model itu mampu menjana sehingga 30 saat muzik, lengkap dengan lirik automatik serta kawalan terhadap vokal, tempo dan gaya.
Advertisement
Lyria 3 menyokong lapan bahasa iaitu Inggeris, Jerman, Sepanyol, Perancis, Hindi, Jepun, Korea dan Portugis, dan boleh menghasilkan muzik berdasarkan prompt teks, atau menerusi rujukan gambar dan video yang dimuat naik pengguna.
Muzik dijana turut disertakan imej “kulit album” yang dihasilkan menggunakan model Nano Banana.
Seperti model AI Google yang lain, setiap audio keluaran Lyria 3 ditanda dengan SynthID, tera air yang membolehkan kandungan dikenal pasti sebagai janaan AI.
Lyria 3 juga diintegrasikan dengan YouTube Dream Track dan hadir dengan had janaan lebih tinggi untuk pelanggan Google AI Plus, Pro dan Ultra. -Amanz