Skip to main content

Teknologi

Google perluas akses alat pengesan kandungan AI 'SynthID Detector' kepada semua pengguna

Google berkata SynthID Detector membolehkan pengguna memuat naik fail untuk mengesan sama ada ia mengandungi tera air SynthID yang digunakan pada kandungan dijana AI. -Foto Amanz
Google berkata SynthID Detector membolehkan pengguna memuat naik fail untuk mengesan sama ada ia mengandungi tera air SynthID yang digunakan pada kandungan dijana AI. -Foto Amanz

Advertisement

Ringkasan AI

  • Google telah melancarkan akses global kepada SynthID Detector untuk mengenal pasti kandungan gambar, video dan audio yang mengandungi tera air digital SynthID.
  • Alat ini menyokong kandungan AI daripada beberapa rakan industri seperti OpenAI, NVIDIA dan Kakao, dengan sokongan Apple bakal diperkenalkan.
  • SynthID Detector hanya dapat mengesan kandungan yang mempunyai tera air SynthID atau teknologi serasi, bukan sebagai pengesan AI universal.

GOOGLE hari ini membuka akses global kepada SynthID Detector, alat yang membolehkan pengguna mengenal pasti gambar, video dan audio yang mengandungi tera air digital SynthID bagi menandakan kandungan dijana menggunakan kecerdasan buatan (AI).

Langkah itu dilihat sebagai usaha meningkatkan ketelusan kandungan digital susulan perkembangan pesat teknologi AI generatif yang memudahkan penghasilan bahan visual, audio dan video, lapor Amanz.

Google berkata SynthID Detector membolehkan pengguna memuat naik fail untuk mengesan sama ada ia mengandungi tera air SynthID yang digunakan pada kandungan dijana AI.

Menurut syarikat itu, alat berkenaan turut menyokong kandungan AI yang dihasilkan oleh beberapa rakan industri termasuk OpenAI, NVIDIA dan Kakao, manakala sokongan untuk Apple dijangka diperkenalkan tidak lama lagi.

Google mula memperkenalkan teknologi SynthID pada 2023 bagi membenamkan tera air digital yang tidak dapat dilihat secara langsung pada kandungan AI sebagai kaedah pengesahan sumber.

Sehingga kini, teknologi itu telah digunakan untuk menandakan lebih 180 bilion gambar dan video serta kira-kira 240,000 tahun kandungan audio yang dijana menggunakan AI.

Google turut menjelaskan bahawa SynthID Detector bukan pengesan AI universal, sebaliknya hanya mampu mengenal pasti kandungan yang mengandungi tera air SynthID atau teknologi serasi yang disokong platform itu.

Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI

  • Q: Apakah itu SynthID Detector yang diperkenalkan oleh Google? 
    A: SynthID Detector ialah alat yang membolehkan pengguna mengenal pasti gambar, video dan audio yang mengandungi tera air digital SynthID untuk menandakan kandungan dijana menggunakan kecerdasan buatan (AI).
  • Q: Apakah tujuan utama pelancaran SynthID Detector oleh Google? 
    A: Tujuan utama adalah untuk meningkatkan ketelusan kandungan digital susulan perkembangan pesat teknologi AI generatif yang memudahkan penghasilan bahan visual, audio dan video.
  • Q: Kandungan AI dari syarikat mana yang disokong oleh SynthID Detector? 
    A: SynthID Detector menyokong kandungan AI yang dihasilkan oleh beberapa rakan industri termasuk OpenAI, NVIDIA dan Kakao, manakala sokongan untuk Apple dijangka diperkenalkan tidak lama lagi.
  • Q: Sejauh mana teknologi SynthID telah digunakan sehingga kini? 
    A: Teknologi SynthID telah digunakan untuk menandakan lebih 180 bilion gambar dan video serta kira-kira 240,000 tahun kandungan audio yang dijana menggunakan AI.
  • Q: Adakah SynthID Detector boleh mengesan semua kandungan AI? 
    A: Tidak, SynthID Detector bukan pengesan AI universal dan hanya mampu mengenal pasti kandungan yang mengandungi tera air SynthID atau teknologi serasi yang disokong platform itu.

Must Watch Video

Advertisement