KUALA LUMPUR: HUAWEI memperkenalkan siri telefon pintar terbaharunya, HUAWEI Pura 90s Series, yang mempertaruhkan peningkatan keupayaan pengimejan, kecerdasan buatan (AI) serta ketersambungan bagi memenuhi keperluan pengguna dalam era digital.
Siri baharu itu hadir menerusi dua varian, HUAWEI Pura 90s Pro Max dan HUAWEI Pura 90s Pro, dengan penambahbaikan yang memberi tumpuan kepada pengalaman fotografi, prestasi harian dan produktiviti pengguna.
Dari segi rekaan, HUAWEI Pura 90s Pro Max ditawarkan dalam empat pilihan warna iaitu Orange Ocean, Blaze Purple, Blush Gold dan Graphite Black, manakala HUAWEI Pura 90s Pro hadir dengan Guava Soda, Orange Soda, Mulberry Black serta Coconut White.
Antara pembaharuan utama siri itu ialah sistem pengimejan yang dipertingkat, dengan varian Pro Max dilengkapi kamera telefoto 200 megapiksel bersama zum optikal empat kali, manakala varian Pro menawarkan kamera makro telefoto bagi menghasilkan imej lebih terperinci pada jarak dekat.
Keupayaan fotografi turut diperkasa menerusi pelbagai ciri AI seperti AI Composition, AI De-Glare, AI Remove dan AI Best Expression yang membantu pengguna menghasilkan imej lebih kemas dan semula jadi dalam pelbagai situasi penggambaran.
Selain sistem kamera, HUAWEI Pura 90s Series turut didatangkan dengan sistem operasi EMUI 16, pembantu maya Celia AI serta pengalaman ketersambungan yang dipertingkat bagi memastikan penggunaan lebih lancar dalam pelbagai persekitaran rangkaian.
Kedua-dua model dibekalkan bateri berkapasiti 6,000 miliampere-jam dengan teknologi pengecasan pantas, manakala varian Pro Max turut menggunakan Kunlun Glass yang direka untuk meningkatkan ketahanan terhadap calar serta mengurangkan pantulan cahaya pada skrin.
Pada majlis sama, HUAWEI turut memperkenalkan HUAWEI FreeClip 2 S dan HUAWEI MatePad Air sebagai pelengkap kepada ekosistem peranti pintarnya.
HUAWEI Pura 90s Series kini dibuka untuk pra-tempahan bermula pada harga RM3,699 selepas rebat, bersama hadiah percuma bernilai sehingga RM3,076, termasuk baucar terhad bernilai sehingga RM400, HUAWEI MatePad SE 11 dan HUAWEI Pura 90s Series Premium Service.
Sementara itu, HUAWEI FreeClip 2 S ditawarkan pada harga RM899 dengan hadiah percuma bernilai sehingga RM318, termasuk perkhidmatan Loss Care selama setahun serta jaminan APAC selama setahun.
Orang ramai boleh membuat pra-tempahan dan mendapatkan maklumat lanjut di HUAWEI Experience Store seluruh negara atau menerusi laman web rasmi HUAWEI.