awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tiga maut dalam letupan di selatan Moscow
PM seru rakyat tolak kebencian, semai empati sempena Hari Krismas
MARDI agih 1,000 ekor Ayam Saga, perkasa komuniti KRT Jasin
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

IC Design Park 2, bukti Malaysia mampu jadi peneraju teknologi cip

Malekah Aisyah
Malekah Aisyah
07/11/2025
03:10 MYT
IC Design Park 2, bukti Malaysia mampu jadi peneraju teknologi cip
Gimik pelancaran Malaysia Semiconductor IC Design Park 2 berlangsung dengan meriah. - Foto Sidec
CYBERJAYA: Malaysia mencatat satu lagi pencapaian penting dalam sektor semikonduktor dengan pelancaran Pusat Ujian Cip Termaju (Advanced Chip Testing Centre), disempurnakan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim bersempena pembukaan Malaysia Semiconductor IC Design Park 2 (IC Park 2) di CoPlace 9, Cyberjaya.

Ringkasan AI
  • Malaysia melakar satu lagi kejayaan penting dalam industri semikonduktor apabila Pusat Ujian Cip Termaju (Advanced Chip Testing Centre) dilancarkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, bersempena pelancaran Malaysia Semiconductor IC Design Park 2 (IC Park 2) di CoPlace 9, Cyberjaya.
  • Majlis tersebut turut disaksikan oleh Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari yang menyifatkan pelancaran ini sebagai langkah bersejarah dan pemangkin utama dalam membina ekosistem semikonduktor menyeluruh daripada reka bentuk hingga pengujian dan pengesahan cip.
  • Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Teknologi Maklumat dan Ekonomi Digital Selangor (Sidec), Yong Kai Ping, berkata pusat ini akan menjadi fasiliti ujian cip bertaraf dunia pertama di Asia Tenggara.

Klik di sini untuk FAQ berkaitan artikel ini
Majlis bersejarah itu turut dihadiri Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari, yang menyifatkan pelancaran ini sebagai pemangkin utama dalam membina ekosistem semikonduktor yang menyeluruh, merangkumi reka bentuk, ujian dan pengesahan cip.
Anwar Ibrahim ketika memberi ucapan perasmian sempena pelancaran Malaysia Semiconductor IC Design Park 2 (IC Park 2) di CoPlace 9, Cyberjaya. - Foto Sidec
Anwar Ibrahim ketika memberi ucapan perasmian sempena pelancaran Malaysia Semiconductor IC Design Park 2 (IC Park 2) di CoPlace 9, Cyberjaya. - Foto Sidec
Beliau menegaskan bahawa fasiliti ini melambangkan transformasi Malaysia daripada sekadar pengeluar cip kontrak kepada pencipta dan pemilik teknologi cip tempatan.
Amirudin Shari ketika memberi ucapan menekankan momen bersejarah ini sebagai langkah penting dalam dunia semoikonduktor negara yang berkembang pesat. - Foto Sidec
Amirudin Shari ketika memberi ucapan menekankan momen bersejarah ini sebagai langkah penting dalam dunia semoikonduktor negara yang berkembang pesat. - Foto Sidec
Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Teknologi Maklumat dan Ekonomi Digital Selangor (Sidec), Yong Kai Ping, menyatakan bahawa pusat ini bakal menjadi fasiliti ujian cip bertaraf dunia pertama di Asia Tenggara.
Menurutnya, cip berteknologi tinggi perlu melalui proses ujian yang teliti sebelum dihantar kepada syarikat gergasi seperti Samsung, TSMC dan Intel, dua daripadanya turut hadir dalam majlis pelancaran.
Fasa baharu pembangunan di Cyberjaya ini turut menempatkan Advanced Semiconductor Malaysia Academy (ASEM), sebuah pusat latihan lanjutan yang menyasarkan untuk melahirkan 20,000 jurutera semikonduktor dalam tempoh sepuluh tahun.
Menurut Yong, program latihan ASEM telah berjaya melatih ratusan pelajar setiap tahun, dengan kadar penempatan kerja mencecah 100 peratus dan gaji permulaan antara RM5,000 hingga RM6,000.
Majlis turut meraikan graduasi tujuh kohort ASEM, melibatkan ratusan pelajar kejuruteraan yang telah menamatkan program intensif bersama industri, menandakan komitmen berterusan Malaysia dalam membina tenaga kerja berkemahiran tinggi untuk masa depan teknologi global.

Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI
  • Q: 1. Malaysia melakar satu lagi kejayaan penting dalam industri semikonduktor apabila Pusat Ujian Cip Termaju (Advanced Chip Testing Centre) dilancarkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, bersempena pelancaran Malaysia Semiconductor IC Design Park 2 (IC Park 2) di CoPlace 9, Cyberjaya.2. Majlis tersebut turut disaksikan oleh Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari yang menyifatkan pelancaran ini sebagai langkah bersejarah dan pemangkin utama dalam membina ekosistem semikonduktor menyeluruh daripada reka bentuk hingga pengujian dan pengesahan cip.3. Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Teknologi Maklumat dan Ekonomi Digital Selangor (Sidec), Yong Kai Ping, berkata pusat ini akan menjadi fasiliti ujian cip bertaraf dunia pertama di Asia Tenggara. A:

Topic Berkaitan
#SIDEC
#IC Park 2
#semikonduktor
#Pusat Ujian Cip Termaju
#Asia Tenggara
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan