Skip to main content

Teknologi

Industri muzik perkenal label AI bagi menjaga keaslian karya

AMANZ
Sistem pelabelan ini diperkenalkan bagi menangani cabaran gelombang AI yang semakin meluas, sekali gus memberikan keyakinan kepada peminat mengenai cara sesuatu rakaman muzik itu dihasilkan. -Gambar Amanz
Advertisement

NEW YORK: Beberapa organisasi besar industri muzik antarabangsa meluncurkan sistem pelabelan baharu bagi kandungan lagu yang dihasilkan menggunakan kecerdasan buatan (AI) janaan demi menjaga keaslian karya serta kreativiti manusia dalam industri berkenaan, lapor Amanz.

Inisiatif secara sukarela itu digerakkan secara bersama oleh Recording Industry Association of America (RIAA), The Grammys, SAG-AFTRA, Human Artistry Campaign, IFPI, A2IM, WIN, dan IMPALA bagi meningkatkan ketelusan penggunaan teknologi tersebut.

Sistem pelabelan ini diperkenalkan bagi menangani cabaran gelombang AI yang semakin meluas, sekali gus memberikan keyakinan kepada peminat mengenai cara sesuatu rakaman muzik itu dihasilkan.

Label baharu ini akan membahagikan karya kepada dua kategori jelas iaitu rakaman yang dijana sepenuhnya oleh AI (AI-Generated) dan rakaman yang hanya dibantu teknologi berkenaan (AI-Assisted).

Kategori berbantu AI turut meliputi runut bunyi yang dihasilkan melalui arahan algoritma, walau bagaimanapun vokal utama serta alur muzik penting dalam lagu tersebut mestilah dipersembahkan secara tulen oleh manusia.

Langkah ini diharapkan dapat menjadi piawaian antarabangsa yang diguna pakai secara menyeluruh termasuk pada platform penstriman muzik global bagi mengekalkan kepercayaan serta hubungan tulen antara artis dengan peminat mereka.

 

Must Watch Video

Advertisement